Ahad, Julai 28, 2013

Mahu atau tak mahu, suka atau tak suka persoalan ini perlu juga SH ajukan buat renungan semua umat Islam di Malaysia ni. Tak kira la dalam UMNO ke atau dalam PAS.

Isu ini mengenai isu agama. Ianya tak de kaitan dengan Politik. Tetapi pembelaan terhadap agama itu masih kurang kedengaran dari mana - mana pihak.

UMNO terutama sekali perlu bersuara kerana sebelum ini UMNO kata mereka memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Maka persoalannya, kenapa UMNO membiarkan sahaja rayuan Si Bapa ini terhadap anak - anaknya tidak lansung dilayan? Kenapa dia dibiarkan keseorangan?

Mana perginya suara - suara mereka yang bertanggungjawab didalam UMNO dalam bab membela Islam ni? Di mana suara Ulama - Ulama UMNO?

Itu bab UMNO. Bab PAS lagi teruk. Sekurang - kurangnya UMNO tidak mencela Islam seperti mana yang dilakukan secara terang - terangan oleh PAS. 

Mereka sering mendabik dada mengatakan kononnya mereka ini pejuang Islam sehingga sanggup mengkafirkan orang lain yang seagama dengan mereka.

Mereka sanggup mempergunakan Islam demi untuk memenuhi kepentingan Politik serta untuk meraih sokongan dari orang lain. Malah mereka sanggup menghalalkan yang haram.

Didepan khalayak ramai, mereka menuduh orang lain tidak Islam seperti mana Islamnya mereka. Namun hakikatnya, itu semua hanya kata - kata kosong.

Bila timbul isu seperti ini, tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang berani bersuara lantang mengkritik dan mengecam tindakan yang dikenakan terhadap Si Bapa.

Ke mana hilangnya kotak suara PAS yang selama ini mendabik diri mengatakan mereka berjuang demi Islam dan bukan kerana bangsa?

Adakah hanya semata - mata Si Bapa itu bukan sebangsa dengan mereka atau mengikut ajaran mereka maka mereka juga turut mengabaikan Si Bapa begitu sahaja?

Adakah Politik itu lebih penting dan diletak lebih tinggi bagi mereka sehingga isu sedemikian ini tidak diendahkan dan dibiarkan begitu sahaja?

Ingat! Sekali lagi SH ingin berpesan kepada diri SH sendiri. Isu ini bukan isu Politik. Tetapi isu ini isu mengenai Islam. Kesucian Islam itu dicabar secara terang - terangan. Jangan la asyik sangat nak berpolitik 24 jam sampai Islam tu pun sanggup digadai maruahnya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. mungkin mereka tak tahu kes ini kot? tapi memang benar pimpinan umno dan pas memang lemah dari segi menegak islam kerana kepentingan politik adalah diutamakan. Menjaga hati cinabeng dan india adalah lebih penting dari menjaga islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping