Ahad, Julai 28, 2013


Barisan Nasional (BN) hanya fokus kepada menjaga kestabilan politik di negeri Terengganu dan tidak sesekali menggunakan politik menakut-nakutkan rakyat pada pilihan raya kecil Kuala Besut, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mengatakan kekalahan calon Pakatan Rakyat pada Rabu lalu adalah kerana Umno memburuk-burukkan calon pembangkang sepanjang kempen PRK tersebut.
 
Pua berkata Umno mencanang veteran DAP, Lim Kit Siang akan dilantik menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
 
Momokan itu kata Pua menakutkan  rakyat di Kuala Besut sehingga menyebabkan kekalahan pembangkang. 
 
"Pada saya tuduhan Tony Pua itu adalah tidak berasas sama sekali. Selaku Ketua Penerangan yang banyak memberikan ceramah, itu tidak termasuk dalam agenda ceramah kita.
 
"Yang menjadi agenda kita dalam ceramah di Besut adalah kestabilan politik Terengganu supaya jangan berlaku sehingga menyebabkan tidak stabil," katanya kepada Antarapos.
 
Maslan berkata kredibiliti calon yang diketengahkan BN pada PRK itu juga merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan mempertahankan kerusi tersebut.
 
"Kedua kita mempunyai calon yang baik beliau anak muda profesional, anak ustaz, mempunyai kepakaran tertentu yang sesuai bagi kawasan Kuala Besut. Itu amat sesuai..beliau adalah calon yang tersesuai..itu yang kita ceramahkan," tegas beliau.
 
Beliau berkata dalam memastikan pembangunan yang berterusan dapat dilaksanakan di kawasan tersebut, BN amat berhati-hati dan menerapkan elemen positif sepanjang kempennya pada PRK itu.
 
"Pada saya itu yang kita inginkan pembangunan yang berterusan, kita berkempen dengan positif, pembangunan yang banyak kita ingin tambah di Kuala Besut. Itu harapan kita..," katanya lagi.
 
Maslan berkata walaupun jumlah peratusan keluar mengundi turun sebanyak lapan peratus berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang lalu, beliau amat berbangga memandangkan BN berjaya menambah jumlah majoriti yang dimenanginya.
 
"Walaupun kehadiran pengundi turun lapan peratus, namun kita dapat meningkatkan majoriti itu satu kejayaan. Lapan peratus itu lebih kurang 1200 orang yang tidak hadir mungkin atas pelbagai sebab. (Namun kemenangan) Ini adalah suatu yang amat baik kepada BN," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Apa lar sensitif sangat UMNO kalu musuhnya bersuara? Lagi2 kalu DAP bersuara... kita sudah menang sudah lar... yang cerita kenapa kita menang tu kenapa lar pulak... dia tahu lar formula utk pru14 nanti

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping