Sekadar nak bercakap ikut sedap mulut, semua orang pun boleh buat. Suruh budak yang tak bersekolah pun diorang tau buat semua benda tu.
Memang malang sungguh bila PAS ada pemimpin macam dia ni. Pantang dia keluarkan kenyataan, dah tentu akan ada orang yang bidas dia balik.
Itulah akibatnya bila kita ni kurang berilmu. Bukan la peperiksaan itu menjadi kayu ukur. Tapi itulah tahap pemikiran kita sebenarnya. Kalau nak jawab kertas periksa SRP pun dia tak mampu, jangan la tunjuk pandai tak tentu arah!!!
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sepatutnya mengemukakan cadangan dan bukannya terus menerus menghentam pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa peningkatan kadar jenayah dan kes bunuh yang melanda negara adalah cermin kegagalan dalam 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya 2013.Malah, menurut Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain kritikan tidak berasas Mahfuz itu bukan sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan sedia ada."Saya ingat lebih baik jangan menghentam Datuk Seri Najib. Beritahu macamana caranya nak menyelesaikan masalah. Menghentam tidak akan menyelesaikan masalah. Bagitahu idea macamana,"Pembangkang juga yang minta Barisan Nasional menghapuskan ISA, akta tahanan polis dan semua tu. Bila jadi macam ni nak salahkan Najib pula. Najib sudah mengambil cadangan itu yang kononnya bila hapuskan ISA akan aman damai," katanya ketika dihubungi Antarapos.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini yang mendakwa Najib gagal mentadbir negara dalam 100 hari pemerintahannya sehingga menyebabkan peningkatan kadar jenayah dan kes bunuh muktahir ini.Mengulas lanjut Atory berkata, kenaikan harga barang berlaku bukan kerana kegagalan Perdana Menteri, sebaliknya ia berlaku berikutan musim perayaan.Justeru katanya, adalah tidak wajar untuk Mahfuz mengeluarkan kenyataan sedemikian apatah lagi beliau tidak mempunyai latar belakang dalam bidang ekonomi."Harga barang meningkat ini bermusim. Kalau setakat YB Mahfuz, pada saya janganlah cepat melatah, melainkan dia salah seorang ahli akademik, ahli ekonomi, bolehlah kita terima. tapi dia bukan ahli ekonomi," ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.