Hari tu kita dengar cerita pasal Cinabeng 'Mencuri Makanan' untuk dibawa balik ke rumah sewaktu menghadiri rumah terbuka. Nak pulak sepanjang Hari Raya ni.
Kali ini lain pulak ceritanya. Ada pulak yang pergi ke rumah kenduri dengan niat untuk mencuri. Siap ada sindiket pulak tu. Macam dah tak ada kerja lain.
Tapi bak kata orang, sepandai - pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Niat tak baik tu sudah pasti takkan lama bertahan. Penyudahnya malu diri sendiri je!!!
Assalamualaikum kepada warga kepala batas.. berwaspada la anda semua sekiranya ada menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka.. majlis kenduri kendara...
baru tadi kami dapat tangkap satu sindiket mencuri di rumah kenduri.. sindiket yang menhantar dengan kereta jenis MyVI di tepi jalan.. 2 orang lagi pergi wat kegiatan mencuri di rumah kenduri..
modus operasi mereka.. berbaju kurung... muka manis..buat buat mcm kenal tuan rumah.. dan memakai beg tangan besar.... awas semua....niat bukan untuk mengaibkan orang itu..tapi sekiranya anda nmpak muka org ni.. berhati hati la.. mungkin ada org lain lagi.. pemandu kereta MyVI itu berjaya melarikan diri.. kes ini berlaku di satu majlis kenduri di PAYA KELADI TENGAH Kepala Batas. bertarikh 18/08/2013..mereka adalah sindiket yang menyasarkan rumah kenduri tepi jalan... di dalangi oleh orang tempatan... menggunakan kereta perodua MyVI...
tip untuk kenal mereka senang je... no 1, salam dengan tuan rumah tak kasi duit.... no 2... sibuk tanya di mana bilik pengantin, no 3. duduk relex di ruang tamu sambil jeling jeling kiri kanan... jaga jaga.-sumber fb
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.