Jumaat, Ogos 16, 2013


Demikian tegas seorang sahabat SH bila bercerita pasal isu yang sering menjadi perbualan dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini.

Nampak gayanya, sahabat SH ni memang terkesan dengan apa yang berlaku. Tapi, apa yang menyebabkan dia tak percaya dengan berita?

Kata dia, "Macam mana nak percaya. Bila ada je laporan mengenai satu - satu isu, semua orang kata ianya sengaja diputar belitkan. Semua kata ianya hanya rekaan.

"Sampaikan isu berkaitan dengan kes jenayah di Malaysia pun ada yang anggap ianya satu sandiwara. Macam mana orang macam aku ni nak percaya?"

Ada betul jugak la apa yang sahabat SH katakan tu. Disebabkan wujud spekulasi serta kenyataan dari kalangan pemimpin membuatkan orang tak percaya pada berita.

Tambah pulak, sejak akhir - akhir ni banyak sangat orang yang menolak apa yang didedahkan dalam berita. Semua benda boleh dijadikan persoalan.

Hakikatnya, dalam dunia ni mesti wujud Pro dan Kontra. Mesti ada dua cerita disebalik apa yang berlaku. Soalnya, kita nak mencari Kebenaran.

"Macam mana kita nak tau benda tu benar - benar berlaku atau pun tidak sedangkan kita tak nampak pun dengan mata kepala kita sendiri?

"Sebagai contoh isu Syiah bertempur dengan puak Sunni di Syria. Ada jugak pihak yang kata ianya tak de kaitan dengan perbezaan fahaman.

"Kalau di Malaysia ni pulak, wujud puak - puak yang memang kerja dia menyebarkan berita palsu untuk mengelirukan rakyat. Jadi, macam mana orang nak percaya?

"Dulu diorang cakap berlaku 'Blackout' di Bentong. Habis satu Malaysia diorang jaja cerita tu. Tapi penyudahnya, tak de pun buat petisyen.

"Lepas tu buat cerita pasal 40 ribu orang Bangla yang diimport dari Sabah dan Sarawak. Sampai hari ni, tak de jugak laporan dibuat mengenai perkara tersebut.

"Habis, macam mana orang nak percaya apa yang diorang cuba sampaikan? Kalau ada pun yang disiar dalam tv atau surat khabar, diorang nafikan pulak.

"Diorang akan kata itu semua hanya rekaan untuk memburuk - burukkan imej diorang. Lepas tu diorang saman pulak TV dan surat khabar tu. Macam mana kita nak percaya?"

Panjang lebar jugak la penjelasan yang sahabat SH bagikan tadi. Jika kita fikirkan dari segi logik, memang tepat apa yang dia sampaikan. Tambahan pulak, puak - puak Pakatan tu jugak yang cakap. 'Video tu besi, mana boleh jadi saksi'!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping