Jumaat, Ogos 16, 2013


Macam mana orang tak kaitkan Si Mat Syabun ni dengan puak - puak Syiah. Baru mintak dia bagi pandangan pun dia dah tolak. Pun masih dia nak nafikan jugak ke?

Bayangkan la. Baru orang mintak dia komen sikit je pasal isu Syiah ni, dia dah tak nak buat. Nampak sangat la macam dia ada sesuatu yang nak disembunyikan.

Apa pasal dia takut sangat nak bagi pendirian dia sendiri mengenai isu tersebut? Adakah dia memang benar mempunyai hubungan dengan puak - puak Syiah ni?

Adakah Bang Mat takut hilang sokongan mereka yang berfahaman Syiah dari kalangan ahli - ahli yang selama ini menjadi penyokong tegar dia dalam parti?

Jelas, pemimpin yang ada udang disebalik batu macam Si Mat Syabun ni perlu dibuang dari dalam PAS kerana dia boleh dianggap sebagai duri dalam daging.

Perangai dia lebih kurang sama je dengan puak - puak Syiah ni. Diorang saja je mengaku diri diorang Islam. Walhal, amal ibadah dan akidah diorang bukannya Islam pun. Setakat guna nama je Islam. Yang lain semuanya sesat belaka!!!
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan ajaran tesebut.

Sebaliknya, Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' menegaskan polemik tersebut sengaja ditimbulkan media arus perdana setiap kali tiba musim pemilihan parti.

Parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan mengadakan muktamar tahunan dan pemilihan barisan kepimpinan pada November ini.

"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab.

"Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," kata Mohamad ketika ditemui Antarapos di kediamannya di sini.

Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mohamad menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.

Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Malah terdapat dakwaan Syiah sudah menular di beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh mazhab tersebut.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping