Selasa, Ogos 13, 2013


Kalau sebelum ini, Haprak Daily suka jugak guna kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof. Agus dalam laman portal diorang. Itu pun yang mengkritik UMNO la.

Jadi, jangan mimpi la kalau diorang nak terbitkan berita yang ini sebab ianya jelas mengkritik pentadbiran Rejim diorang di Kelantan.

Jika sebelum ini, diorang sering jugak mengkritik UMNO Assobiyah dan media tempatan berat sebelah. Apa yang diorang buat ni macam mana pulak? Apa hukumnya? Kalau bukan assobiyah, kita nak kata apa pulak!!!
PAS dilihat tidak banyak melakukan pembaharuan ke atas pentadbiran Kelantan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu dan terus menjadikan negeri itu mundur dari pelbagai segi kata penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff.

Beliau juga berkata PAS Kelantan gagal mengetengahkan idea-idea baru dalam memajukan sektor ekonomi dan sosial rakyatnya dan tidak berupaya menjalankan pembangunan yang telah diputuskan sebelum ini, seperti Projek Lebuh Raya Rakyat.

Agus melalui laman Facebooknya berkata projek lebuh raya yang mengutip dana daripada rakyat negeri itu merupakan satu keperluan memandangkan ramai anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri tersebut merungut tentang kesesakan jalan raya, terutamanya apabila menjelang sesuatu perayaan dan cuti umum.

Malah kontraktor utama yang terbabit dalam projek Lebuh Raya Rakyat juga telah menarik diri atas alasan tiada jaminan pembayaran perlaksanaan projek berkenaan daripada kerajaan negeri.

Selain itu, Agus turut mempersoal status projek stadium yang belum juga dilaksanakan walaupun ia bakal melonjakkan ekonomi negeri termasuk harga tanah berdekatan, pembinaan banyak rumah baru dan membuka ruang perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengadakan rundingan bersama kerajaan pusat jika mahu kedua-dua projek utama tersebut diteruskan dan diselesaikan.

Menyentuh isu bekalan air di Kelantan yang dikatakan akan selesai hujung tahun ini, Agus bagaimanapun menjelaskan ada perubahan dari segi kuantitinya, namun tahap kualitinya masih kurang memberangsangkan, terutama sistem perawatan air.

Begitu juga isu kebersihan bandar dan hubungan antara kerajaan pusat-negeri dilihat semakin baik berbanding penggal-penggal terdahulu, selain membenarkan penyertaan golongan wanita di dalam musabaqah al-Quran.

Agus juga menggesa kerajaan Kelantan terus menguruskan tuntutan royalti minyak yang merupakan hak negeri itu, dan jika perlu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keputusan yang lebih autoritatif.

Dalam menambahbaik pembangunan dan memajukan rakyat Kelantan, Agus mencadangkan kerajaan negeri, terutama Exco Pertanian menghidupan semula program pertanian dan penternakan kambing Jamnapari yang masih tergendala.

Malah beliau meminta kerajaan negeri mencontohi kemajuan pertanian di Thailand dalam sektor pertanian dalam memajukan projek padi organik di Tunjong yang semakin lenyap dari rancangan kerajaan Kelantan.

Dalam menjadikan Kelantan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain, Agus menggesa barisan exco menumpukan usaha-usaha memajukan negeri seperti Projek Ladang Rakyat, dan bukannya 'memPASkan' pembangunan dan rakyat Kelantan semata-mata.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping