Wah! Sekarang ni Cikgu Mala ni bukan main lagi ye. Dah berani dah dia menentang orang yang jauh lebih tinggi kedudukan daripada dia ye.
Al maklum la. Orang dah ada nama ni mudah sangat lupa diri. Sebab itulah dia berani 'sound' Pak Berahim ni secara terang - terangan dalam media.
Tapi, apa boleh buat. Dah pemimpin atasan tu buat benda tak betul. Bagi hukum pulak main ikut sedap hati je. Jadi, terpaksa la Cikgu Mala ni bersuara!!! Inilah padahnya bila ada pemimpin atasan yang ingat dia Maksum!!!
Jika Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang dimuat naik oleh jurulatih anjing Maznah Yusof, namun Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor Normala Sudirman berpendapat sebaliknya.Sebaliknya, katanya, beberapa siri insiden menghina agama Islam dalam tempoh sebulan ini harus dijadikan pengajaran dan sesiapa yang melakukan perkara yang mencemarkan kesucian dan kedaulatannya perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal."Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kekesalan atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai bahan senda gurau dan soal hukum dipermainkan sekaligus tidak menghormati kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia mutakhir ini."Apa yang paling menyedihkan perkara ini dilakukan oleh umat Islam sendiri tanpa ada perasaan bersalah dan malu bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada umat Islam dan juga masyarakat majmuk di negara tercinta ini," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat kepada Antarapos.Normala menyentuh insiden yang melibatkan seorang jurulatih anjing Muslim Maznah atau juga dikenali sebagai Chetz yang didakwa menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di YouTube.Pandangan Normala itu jelas bertentangan dengan kenyataan media Tuan Ibrahim yang berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan berkenaan.Mengulas isu yang sama, Normala berkata, tiada kompromi dan tolak ansur kepada mana-mana individu yang menghina Islam."Tindakan ini jelas telah menghina agama Islam dan tidak wajar dibiarkan berlaku pada masa akan datang."Soal tempoh masa kejadian berlaku pada masa sekarang atau beberapa tahun lalu bukanlah alasan untuk masyarakat memaafkan begitu saja atas apa yang telah berlaku."Insiden ini wajar menjadi pengajaran kepada umat Islam agar berhati-hati atas apa jua tindakan kita kerana kita tidak akan terlepas dari undang-undang jika apa yang kita lakukan menghina agama Islam," katanya.
rasanye betina pengkid n anjingnye tu menghina dirinye sndiri jer...dr sudut agama rasanye perlu ader usaha dr pihak berwajib ker ustaz atau ustazah yg wajar bwk jer pengkid tu balik ke jln yg benar ataupun tunjuk jer jln utk pengkid tu balik...x berani ler aku nk ckp lbh,aku bkn ustaz pon tp juz pelajar tingkatan 5 yg menyampah ngan cikgu2 yg begitu taksub ngan pembangkang sal dlm sdr x sdr melingkupkan pemikiran kami pelajar sekolah...apepun syg ustaz n ustazah kt sekolah aku....
BalasPadam