Ahad, Ogos 18, 2013


Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.

Menteri Dalam Negeri menegaskan masyarakat bukan Islam mesti menghormati hak penganut Islam tentang perkara itu dan tidak ada kompromi dalam isu tersebut.

"Ini bukan soal hak, tapi lebih daripada hak mutlak, kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam.

"Kita hormati agama lain, tapi dalam soal ini kita juga mahu agama lain hormati agama Islam," tegasnya dalam sidang media anjuran Pengasih di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid berkata tidak berhasrat untuk mencampuri urusan mahkamah tetapi menjelaskan ia adalah mengenai hak orang Islam di Malaysia.

"Saya minta umat islam terutama pemimpin organisasi Islam perlu bersetuju untuk pertahankan kalimah Allah walaupun berbeza pandangan. Soal kalimah Allah ini hendaklah diberikan noktah" katanya lagi.

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop bagi membatal rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik “The Herald” menggunakan kalimah “Allah”.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes pada 17 Julai lepas.

Jika Titular Roman Catholic Archbishop gagal membatal rayuan itu, Mahkamah Rayuan akan meneruskan pendengaran rayuan kerajaan pada 10 September.

Peguam S Selvarajah mewakili Titular Roman Catholic Archbishop manakala kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Arik Sanusi Yeop Johari.

Titular Roman Catholic Archbishop memfail permohonan untuk membatal rayuan kerajaan pada 8 Julai tahun ini.

Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam, memfail permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Ia antara lain bagi memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam The Herald sebagai tidak sah.

Ps: Jenis orang tak reti bahasa ni memang payah. Kita kata tak boleh. Diorang pun tau tak boleh. Tapi sebab diorang tak reti bahasa. 

Jadi, diorang buat jugak apa yang tak boleh tu. Kalau kita kata diorang BODOH, diorang marah!!! Tapi hakikatnya, memang diorang ni BODOH pun!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Mereka bukan bodoh tapi JAHAT. Mereka memang sengaja menghina kita dan ugama kita kerana menganggap kita umat Islam sebagai lemah,bodoh dan harus dipijak-pijak sampai lumat.

    BalasPadam
  2. Sememangnya manusia itu "zoluman jahula" dan yg bijak tidaklah akan bertuhankan yg bukan tuhan.

    BalasPadam
  3. MEMANG TAK FAHAM BAHASA. BODOH DAN MANUSIA JENIS HATI BATU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping