Sabtu, Ogos 17, 2013


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sengaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung isu Syiah demi kepentingannya, demikian menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali.

Katanya, Mohamad khuatir akan disingkirkan daripada PAS yang dilihat semakin bertegas membanteras penganut Syiah di kalangan ahlinya sehingga menyebabkan beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Dalam masa sama menurut Aidit, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu gagal menafikan penglibatannya dalam Syiah kerana dipercayai bimbang mengguris perasaan pihak tertentu yang berada dalam kumpulan yang sama dengannya.  

"Dia lebih rela orang keliru dan kabur dengan jawapannya daripada dia memberi jawapan lepas tu dia akan jadi mangsa kepada penjelasannya itu.

"Sebagai seorang ahli politik tentu sekali dia tidak mahu membuat perakuan yang akan merugikan politik dia.

"Kalau dia buat perakuan dia syiah maka dia telah melakukan sesuatu yang melanggar dari segi perundangan Islam di Malaysia, maka akan hilang penyokong-penyokong.

"Mungkin disebabkan dia (Mat Sabu) ada perjanjian kesefahaman dengan kuasa-kuasa yang mendokong Syiah di antarabangsa kalau dia menafikan nanti ada pihak yang terasa," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Mat Sabu dalam temubual secara eksklusif dengan Antarapos baru-baru ini mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan ajaran tesebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan polemik tersebut sengaja ditimbulkan media arus perdana setiap kali tiba musim pemilihan parti.

Mat Sabu sebelum ini beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Aidit kemudian menganggap penganut Syiah adalah golongan kumpulan yang ekstrem sehingga sanggup menghalalkan apa juga cara demi mencapai matlamat.

Beliau seterusnya menyifatkan Mat Sabu sebagai pemimpin yang jelas menjadi ikon menyokong Syiah dalam PAS.

"Saya ada sebab tersendiri untuk mengatakan bahawa samada dia mahu mengatakan menyokong syiah atau sebaliknya pada saya dia sangat-sangat mencerminkan ikon syiah dalam PAS," tegasnya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping