Ahad, Ogos 11, 2013

Semalam SH ada mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua PAS Temerloh mengenai isu bantuan kepada rakyat. (Klik Sini)

Kemudian seorang sahabat SH menegur sewaktu sedang menikmati kuih raya malam semalam. Kata dia, artikel tu mendedahkan satu lagi kepincangan dalam PAS.
"Diorang ni memang suka lantik wakil ke selepas diorang dipilih menjadi wakil rakyat? Berapa pulak gaji yang diterima oleh YDP PAS Temerloh tu untuk jadi wakil MP?"
Demikian soalan yang diajukan kepada SH. Bila balik rumah, SH semak semula apa yang dinyatakan oleh sahabat SH tadi. Dan memang benar, YDP PAS tu wakil Ahli Parlimen.

Sebelum ini, sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, calon PAS, Che Long tu ada menyatakan bahawa dia akan lantik wakil bergaji untuk buat kerja dia.

Sekarang ni jelas la bahawa senario melantik 'Orang Gaji' dari kalangan wakil rakyat PAS ni sudah menjadi satu lumrah dan kebiasaan.

Persoalannya, untuk apa diorang ambik 'Orang Gaji' untuk buat kerja diorang sedangkan diorang yang berjanji dengan rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka?

Berbeza dengan wakil rakyat dari BN yang hanya melantik wakil bagi mereka yang mempunyai jawatan Eksekutif seperti Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya.

Diorang ni memang layak la kalau nak lantik wakil sebab kerja dan tugas mereka bukan hanya bertumpu pada kawasan mereka sahaja. Tapi melibatkan seluruh Malaysia.

Kalau di peringkat Negeri, Menteri Besar dan barisan Exco. Diorang ni nak kena jaga satu Negeri. Layak la diorang lantik Pegawai Khas.

Tapi macam Ahli Parlimen Temerloh ni, apa kerja sangat yang dia nak buat? Setakat bagi ceramah di masjid dan surau sambil memburuk - burukkan orang lain, tak de faedahnya.

Yang penting rakyat dikawasan dia tu sendiri. Pun dia boleh abaikan jugak dengan melantik wakil untuk buat kerja dia. Kan nampak sangat dia pecah amanah?

Dan, fenomena ini jugak turut diserap oleh Ahli Parlimen lain dikalangan Pakatan Pembangkang. Malah di Kuantan pun sama jugak.

Ahli Parlimen Kuantan tu hanya sekadar pulang untuk mempromosikan diri dia je. Kerja sebagai wakil rakyat dia serahkan pada orang lain sampai orang tu pun dah naik bosan.

Mana tidaknya. Ahli Parlimen jarang balik. Rakyat sesak hari - hari datang jumpa 'Orang Gaji' mintak bantuan. Ahli Parlimen pulak buat tak tau je. Siapa yang tak bosan kalau dah macam tu gayanya!!! Kalau setakat nak ambik 'Orang Gaji', baik tak payah bertanding!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Org temerloh, gi la anto bil api, air, indahwater, cukai pintu, cukai tanah ke pej atau rumah yb parlimen deme.... Aaa bil sepital rm1 tu pun claim la dgn yb tu... Yb berkebajikan tu...betull...try tengok... Confirm lulusnyer...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping