Isnin, Ogos 26, 2013


Baru - baru ni, SH dapat peluang bersantai dengan seorang pemimpin UMNO dan bercerita pasal pemilihan UMNO yang sedang hangat pada ketika ini.

Pemilihan UMNO ni tak sama dengan Pilihan Raya. Kalau Pilihan Raya, semua calon terbuka kepada setiap lapisan masyarakat yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum.

Tapi, dalam pemilihan UMNO kali ini, hanya ahli - ahli UMNO sahaja yang terlibat. Dua senario itu sahaja sudah berbeza. Maka, rentaknya pun berbeza juga.

Cuma persamaannya, ahli UMNO serta rakyat biasa memilih calon mereka berdasarkan usaha dan sumbangan yang telah dilakukan oleh calon sebelum ini.

Jika calon tu benar - benar memperjuangkan dasar parti, maka dia sudah tentu akan mendapat tempat. Bagi mereka yang hanya merosakkan parti, faham - faham sendiri la.

Sudah tentu perwakilan yang hadir tidak akan memberikan sebarang undi kepada calon sedemikian. Setakat pandai bercakap tapi tak buat kerja, apa guna jadi pemimpin?

Bagi seorang sahabat SH yang turut hadir sewaktu perjumpaan dengan pemimpin tersebut menyampuk, "Asyik bagi AMARAN je, tak ke mana la kita."

Itu terpulang la kepada perwakilan. Kalau dulu, boleh la kita nak letak semua kesalahan pada PM. Hakikatnya, kali ini, mampu ke kita nak buat macam tu?

Dalam mood pemilihan kali ini, kita nampak banyak pihak yang mula bergerak dalam pelbagai cara. Ada yang menggunakan media sosial untuk mendapat tempat.

Ada jugak yang menggunakan media arus perdana. Masing - masing cuba menonjolkan diri sendiri dalam keadaan yang mereka lebih arif. Itu membuktikan keterbukaan dalam UMNO.

Cuma, ada juga sesetengah pihak yang cenderung menggunakan pendekatan yang pernah digunakan puak - puak Pakatan. Mereka pulak yang ciplak slogan Pakatan.

Ada laporan yang diterima kata calon - calon bertanding di peringkat Bahagian pun guna slogan 'Ubah', 'Tukar' dan melaungkan kenyataan 'At All Cost'.

Itu diperingkat Bahagian. Di peringkat pusat macam mana pulak gayanya? Dah tentu - tentu lebih dahsyat permainan mereka. Itu Politik namanya.

Ketika ini, diperingkat Bahagian pun dah mula ada calon yang menabur janji macam bagi dedak. Ada yang janjikan jawatan tertentu untuk menarik sokongan. 

Soalnya, mampu ke orang tu nak bagi benda yang dia sendiri yang mampu nak sediakan? Itu janji jawatan. Belum cerita lagi bab janji lain. Kalau nak disenaraikan, banyak.

Berjanji masa pemilihan ni lagi bahaya dari berjanji masa Pilihan Raya. Janji masa pemilihan, makan tahun baru boleh hilang ceritanya. Itu yang buat UMNO ni parah.

Kesimpulannya, kalau nak bertanding tu, bertanding aje la. Jangan la sibuk nak tabur janji yang bukan - bukan kepada orang. Penyudahnya nanti, kalau orang datang tuntut, kita pulak yang terhegeh - hegeh nak cabut lari!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping