Rabu, Ogos 21, 2013

Tersenyum 'Kambing' je Husam bila dengar berita ni!!!
Datuk Husam Musa dilantik menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan iaitu Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation (TDC) bagi membolehkan beliau terus menyumbang kepada negeri itu.

Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub memaklumkan pelantikan Naib Presiden PAS itu bagi menjawab persoalan sebahagian ahli parti di Kelantan yang sebelum ini mempertikaikan mengapa Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kedua-dua anak syarikat ini sememangnya menjadi tanggujawab Datuk Husam sebelum ini," kata Ahmad merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Menurut Ahmad, bukan bidang kuasa kerajaan negeri atau PAS Kelantan untuk menentukan sama ada Naib Presiden PAS itu dilantik atau tidak sebagai Exco kerana ia adalah bidang kuasa pihak lain.

Ahmad menegaskan, kerajaan negeri Kelantan dan parti tidak mempunyai masalah dengan Husam.

KGT adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menjalankan perniagaan wang emas dinar dan dirham Kelantan di negara ini.

Sewaktu bersama kerajaan negeri Kelantan  di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam adalah tulang belakang kepada projek itu.

TDC pula agensi kerajaan negeri dibentuk oleh Kelantan sebelum ini untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong yang terletak di atas 2,000 ekar tanah di pinggir bandar Kota Bharu.

Ahmad berkata, anak-anak syarikat kerajaan negeri lain akan dipengerusikan oleh pemimpin kerajaan negeri termasuk Exco yang berkaitan dengan portfolio mereka.

Ps: Jangan silap beb. Si Husam Musang tu bukan sahaja dilantik sebagai Pengerusi kepada SEBUAH Syarikat GLC sahaja. Tapi DUA!!! Dua beb!!!

Nampak sangat la Rejim PAS Kelantan ni sebenarnya berniat nak jaga hati Si Husam Kambing tu sahaja. Mungkin diorang takut Si Husam tu merajuk kot. Tu pasal la diorang lantik dia sebagai Pengerusi kepada DUA GLC!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. masa ts ghani dilantik pengerusi glc, bukan main terpekik terlolong puak2 ni....sekarang telan balik kahak hijau kau tu.

    BalasPadam
  2. Sebenornya ni satu perangkap lagi untuk Husam. Skg dia tak boleh lari dari kelentongnya pada rakyat Kelantan. Kalau dia tak dilantik, senang lah dia terlepas bila terbongkar nanti projek ni tak berjalan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping