Pergh!!! Gila kejam beb. Lelaki ni belasah bekas teman wanita dia siap pakai tukul beb. Depan anak bekas teman wanita dia pulak tu.
Patutnya lelaki macam ni ditangkap dan kemudian disebat 80 kali. Baru dia tau azab macam mana kena belasah pulak. Baru dia tau macam mana nak menghormati orang lain!!!
Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet.Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul. Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya.Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan.Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali.Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad.Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama.Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.