Uik? Biar betul Si Nurul Izzah ni. Kalau baca kenyataan dia dibawah ni, nampak macam dia tak puas hati je dengan tindakan mahkamah sebelum ini.
Kalau kita perhatikan, nampak sangat Si Nurul Izzah ni 'Riak' dengan kemenangan yang dia perolehi sebelum ini. Nampak sangat dia ni macam orang tak bersyukur.
Kata dia, Reformasi terhadap Sistem Pilihan Raya dan Undang - Undang yang berkaitan dengannya perlu dilakukan segera bagi memastikan Keadilan itu wujud.
Tidak kira sama ada Pakatan Rakyat atau BN, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berpendapat mahkamah tidak wajar menolak sesuatu petisyen hanya bersandarkan bantahan awal.Lantaran itu, beliau menyarankan agar reformasi sistem pilihan raya beserta undang-undangnya perlu dilakukan segera bagi memastikan satu proses permohonan petisyen berjalan secara adil di mahkamah.Menurut beliau, kesemua permohonan petisyen sehingga kini ditolak pada peringkat awal dan tidak sampai ke peringkat merit untuk membentangkan hujah.“Kita bercakap tentang undang-undang petisyen pilihan raya yang diwujudkan sejak 1954 dan kebanyakan kes ditolak berdasarkan bantahan awal tidak sampai pun ke peringkat hujah mengapa kita bawa kes tersebut.“Oleh itu, reformasi pilihan raya termasuklah undang-undang lapuk ini wajib dilaksanakan,” katanya.
Persoalannya sekarang, adakah Si Nurul Izzah ni yakin dia mampu untuk menang sekiranya petisyen yang dibuat terhadap dia tu dibicarakan dimahkamah?
Jika ianya dibicarakan, tak semestinya keputusan mahkamah akan berpihak kepada dia. Ianya berdasarkan kepada hujah dan bukti yang boleh dibawa.
Andaikata keputusan mahkamah selepas petisyen tersebut dibuat tidak menyebelahi dia macam mana? Adakah dia akan terima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka?
SH yakin, dia takkan dapat terima keputusan sedemikian. Dah tentu - tentu ada tuduhan lain yang akan dilemparkan terhadap sistem Kehakiman Negara.
Sudah pasti tuduhan seperti 'Wujud Tangan Ghaib', 'Mahkamah Berat Sebelah' dan sebagainya akan terpacul keluar dari mulut Si Nurul ni.
Jadi, tak payah la Si Nurul Izzah ni nak beria - ia sangat bercakap soal petisyen. Dia dah menang, apa lagi yang dia nak? Bersyukur sudah la. Jangan la nak berlagak tak tentu arah pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.