Puak - puak Parti Angguk Saja ni memang cakap je pandai beb. Tapi perlaksanaan tak reti. Diorang ni kalau bersembang macam la diorang tu bagus sangat.
Hari tu sibuk sangat diorang bercerita kata nak naikkan Ulama jadi Timbalan Presiden. Dah tak pasal - pasal je Si Mat Syabun tu menggelupor tak tentu arah.
Tapi, kalau tengok atas kertas, siapa sangat Ulama yang diorang calonkan untuk jadi Timbalan Presiden PAS tu sebenarnya? Ramai sangat ke calonnya?
Yang ada setakat hari ni pun sorang je. Tu pun boleh dipertikaikan lagi sama ada dia layak atau tidak bergelar Ulama. Yang lain mana perginya?
Nampak sangat la yang dalam kalangan pemimpin PAS hari ni memang payah nak cari orang yang betul - betul layak bergelar Ulama. Setakat nak ikut cakap Nik Aziz tu tak payah la.
Hak pemimpin kena tahan sebab kantoi berkhalwat dengan bini orang pun dia boleh anggap sebagai Ulama, apa kejadahnya. Tu nampak sangat dia dah nyanyuk.
Sekarang kita nak tau. Sejauh mana PAS benar - benar nak memperjuangkan Islam dan mengangkat kepimpinan Ulama dikalangan mereka sendiri. Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Inilah pandangan blogger yang juga penganalisis politik Melayu, Mohd Sayuti Omar.Fakta hampir keseluruhan tokoh utama kepimpinan PAS kini dikuasai bukan ulama, kecuali presiden, tidak disenangi ulama kerana parti itu sendiri mengamalkan konsep kepimpinan ulama.Dalam muktamar ke-57 lalu, semua calon ulama tewas untuk jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga kerusi naib presiden.Mohamad Sabu mendapat 420 undi mengalahkan dua calon ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi) dan Nasharuddin Mat Isa (224 undi).Sementara Idris Ahmad yang mewakili ulama juga tewas di kerusi naib presiden. Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar (ketiga-tiganya bukan ulama) pula menang kerusi naib presiden.Bagi muktamar kali ini, pada peringkat awalnya, nama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dicalonkan ulama untuk berhadapan dengan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.Nik Mohd Amar mendapat pencalonan pertama untuk timbalan presiden dari Besut, Terengganu.Bagi Sayuti, Nik Mohd Amar bukan calon akhir, ia hanya permulaan sahaja. Ia bergantung kepada siapakah calon yang paling popular di kalangan ulama.Jika seorang lagi calon ulama iaitu Tuan Ibrahim mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Nik Amar, maka ketua penerangan PAS itu akan dipilih mewakili ulama.Inilah strategi dan pendekatan bagi memastikan kerusi timbalan presiden dimenangi oleh golongan ulama sebagaimana yang diputuskan oleh Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar baru-baru ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.