"Mujur la Tunku tak de anak lelaki yang aktif Politik." Itu ayat pembukaan sahabat SH bila duduk berborak dikedai kopi sambil tangan membelek handphone.
Inilah salah satu keistimewaan bila dapat duduk berborak dengan orang Pro Pakatan ni. Kepala otak diorang ni cepat je berpusing buat spekulasi.
Ada saja idea nak buat persepsi demi memburuk - burukkan Kerajaan dan UMNO. Macam - macam cerita diorang boleh buat tanpa berlandaskan bukti.
Diorang setakat main logik akal diorang je dan berpandukan kepada keadaan sekeliling. Berdasarkan itu je diorang boleh buat satu cerita.
SH tanya la, "Kenapa pulak? Apa kena mengena anak lelaki Tunku ni? Tiba - tiba je sebut nama Tunku apa hal?" Heran jugak. Kenapa dia sebut Tunku?
"Lah! Ni pasal pemilihan UMNO la. Kalau tengok, semua anak bekas Perdana Menteri ni sibuk nak bertanding. Tinggal Tunku je yang tak tinggal waris.
"Presiden anak Perdana Menteri kedua. Naib Presiden, anak Perdana Menteri ketiga. Ni nak bertanding Naib Presiden ni, anak Perdana Menteri keempat."
Maknanya dia merujuk kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir la tu. SH jawab pulak, "Ala, yang nak bertanding tu belum tentu menang lagi."
"Heh! Ko ingat dia tak boleh menang ke? Jangan terkejut la kalau nama dia naik nanti. Semua ni dah dirancang belaka. Semuanya nak tinggalkan warisan belaka."
Itu persepsi yang dibuat oleh sahabat SH tu semalam. Apa yang dia cuba nak sampaikan ialah mengenai UMNO ni dah jadi macam parti warisan anak beranak Mantan PM.
Jika kita fikirkan dari satu sudut, ada betul jugak apa yang dia cakap tu. Dan perkara itu memang satu kebenaran. Siapa yang boleh sangkal kenyataan tersebut?
SH bukan la sengaja nak buat provokasi atau pun nak memburukkan mana - mana pihak. Tapi yang benar tu tetap benar juga. Nak dinafikan pun buat apa?
Secara jujurnya, SH nak tengok UMNO ni lebih kuat, lebih kukuh dan lebih dihormati dikalangan rakyat. Itu yang lebih penting dari nama pemimpin tu sendiri.
Waima dia anak siapa sekali pun, kalau dia boleh buat kerja, apa salahnya perwakilan pilih dia? Yang penting perjuangan Melayu/Islam tu boleh diteruskan.
Menjelang pemilihan UMNO yang bakal diadakan tak lama, perwakilan kena fikir dengan lebih matang. Jangan fikir singkat sangat beb. Berfikir biar terbuka sikit.
Jangan hanya semata - mata calon tu anak kepada orang tertentu, maka yang itu yang diorang pilih. Nak pilih biar la yang betul - betul buat kerja dan yang boleh menyumbang kepada parti. Setakat pilih yang pandai bercakap, tak mendatangkan faedah beb!!!
Jika UMNO hebat dgn anak2 mantan PM, PAS juga hebat dengan anak Tok Guru...DAP dan PKR juga hebat dengan waris2 mereka...
BalasPadamorang yang provoke awak tak pulak terfikir ek ???? dalam pkr sapa presiden, siapa penasihat, siapa naib presiden ??? dah terang-terang masih berkhidmat, ada anak beranak pegang jawatan dalam party ???? dalam dap pun sama anak-beranak dalam party ??? kenapa anak kepada mantan PM (bersara???) yang nak bertanding di pertikaikan???
BalasPadamsebenarnya kita masih lagi berpegang kepada peribahasa melayu "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi".walaupun DAP tu cina tapi dia tak sedar telah mengamalkan peribahasa melayu.hahahaha..."bagaimana acuan begitulah bentuk kuehnya".adakah air yang dialirkan atas tangan,semuanya akan jatuh ke lantai?yang tersisa itulah dinamakan basah.pendek kata,apa yang korang buat kat ibubapa korang ianya akan berlaku pada diri korang jua bila dah tua nanti.oleh itu berbuat baiklah pada ibubapa dan ajarlah anak sebagaimana dalam surah Luqman.
BalasPadam