Khamis, September 05, 2013


Jika sebelum ini, Pak Samad mendakwa pihak Polis tak menghormati dia yang mempunyai gelaran sebagai seorang Sasterawan Negara.

Kata Pak Samad, seorang Sasterawan Negara wajar dilayan dengan sopan, bukan hanya dipanggil dari tepi jalan. Ianya merujuk kepada cara Polis datang nak tahan dia.

Kenyataan Pak Samad tu jelas menunjukkan yang dia berbangga dengan gelaran dan penghormatan yang telah diberikan. Ianya membuktikan Pak Samad dah lupa diri.

Tapi lepas ni Pak Samad jangan nak berbangga la dengan gelaran tu. Bila dah ditarik balik gelaran tu nanti, dia tak de beza dengan orang lain. Kot sekarang pun, Pak Samad tetap sama jugak dengan rakyat Malaysia yang lain. Dia bukannya kebal dari undang - undang!!!
Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Shabery itu berkata, tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.

"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi kepada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di Petaling Jaya, malam tadi.

Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.

Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Ahmad Shabery berkata, tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan disifatkan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.

"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya dipetik dari Bernama.
Categories:

4 ulasan:

  1. Bagaimana kucing dn anjing nak hormat dia sedangkan dia sendiri tak hormat bendera, tak hormat negara dan tidak hormat perlembagaan dan undang2...

    dia sebahagian dari kutu jalanan yang cuba menjatuhkan kerajaan.

    BalasPadam
  2. SESIAPA SAHAJA SAMADA SASTERAWAN,NEGARAWAN,SENDIKIAWAN,TAN SRI,DATO SRI,DATO,PROF, DLL YG MENONGKAH ARUS,TIDAK SEALIRAN DENGAN UMNO BE END AKAN DI ANGGAP PENDERHAKA, PETUALANG,PENGHASUT DAN SEGALA MCM YG NEGATIF... KALAU PRO UMNO BE END YG SALAH BOLEH JD BETUL... FAKTA JADI UNTA...TAK MENGAPA...SO APA LAH SANGAT KALAU NAK TARIK BALIK BALIK GELARAN DI BUMI MALAYSIA DI DUNIA SEMENTARA INI...

    BalasPadam
  3. Pak samad tido di rumah? Bukan patutnya dia tido di dataran merdeka atau padang merbok ke? Kesian pak samad .... pabila kebencian dan kebodohan menguasai diri. Semoga Allah swt memberikan kita semua perunjukNya. Anaknya pun tolong tolong lah tengokkan

    BalasPadam
  4. Pak Samad boleh saja benci BN , UMNO, atau boleh saja bakar bendera BN , UMNO ...TAPI jangan sesekali HINA Jalur Gemilang atau apa2 juga yg menjadi lambang kedaulatan Malaysia. Itu pengkhianat negara namanya!!!

    Justeru saya sudah hilang hormat sama Pak Samad..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping