Dalam kehangatan pemilihan UMNO yang tengah hebat diperkatakan disana sini, kurang pulak kita dengar cerita pasal MB Pahang ni ye tak.
Memang hari tu kita dah baca kenyataan beliau dalam internet. Tapi itu kenyataan dulu. Mungkin hari ini dia berubah fikiran siapa yang tau ye tak.
Semalam, Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah kata dia nak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Memang gempar jugak la sekejap.
Sebelum ini pun, Setiausaha Agung UMNO bagi nasihat supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri tak perlu bertanding. Mereka memang automatik jadi MKT.
Tinggal lagi, hasrat Mukhriz ni atas dasar dia mempunyai karisma dan dia rasa dia ada peluang. Jadi, tak salah rasanya dia nak bertanding.
Jadi, bagaimana pula dengan MB Pahang ni? Adakah dia juga akan ikut jejak langkah dan bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini? Nah! Ini jawapannya.
Dengan ini SH yakin bahawa MB Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob akan turut bertanding dalam pemilihan kali ini. Beliau akan tetap mempertahankan jawatan sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN BENTONG!!! Sekian, terima kasih.
KUANTAN - Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan tidak akan bertanding bagi merebut kerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan hujung tahun ini.Adnan berkata, pertandingan merebut kerusi itu tidak boleh dipaksa dan beliau juga tidak berkecil hati jika tidak dipilih untuk bertanding jawatan tersebut.“Umno parti demokratik, sesiapa sahaja boleh bertanding, malah tidak berkecil hati jika tidak dilantik untuk bertanding,” katanya, semalam.Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini, mencadangkan supaya Pengerusi Umno negeri dan menteri besar tidak bertanding merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan parti.Bagaimanapun, Adnan berkata, beliau akan terus memperkukuh dan memperkasakan Umno negeri.Sebelum ini, Adnan memberitahu media bahawa beliau tidak melarang pemimpin Umno terutamanya golongan muda untuk bertanding sebarang jawatan tertinggi di peringkat pusat termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong akan terus mempertahankan jawatan itu bagi membolehkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.