Apa cerita ni Rafizi? Takkan engkau setakat pandai nak desak orang lain je. Diri sendiri tak mampu nak buat ke? Jangan nak suruh orang je.
Semalam, pandai sangat engkau suruh Menteri bayar sendiri duit minyak yang diorang guna pakai. Tapi engkau sendiri, tak reti nak bayar sendiri ke?
Sekarang, Menteri Besar Selangor dan barisan Exco Rejim Pakatan Selangor pulak tolak cadangan yang engkau berikan. Apa cerita ni?
Dah la diorang tolak, banyak pulak alasan yang diorang berikan. Kononnya, cadangan Si Rafizi tu tak de kaitan dengan diorang. Oi! Tak de kaitan apa pulak.
Selagi engkau orang guna duit rakyat untuk bayar duit minyak kenderaan engkau orang tu, jangan bagi alasan yang bukan - bukan la. Nampak sangat la engkau orang ni jenis macam ketam!!! Pandai suruh orang tapi diri sendiri tak mampu nak laksanakan!!!
Barisan kepimpinan kerajaan negeri Selangor tidak akan membayar petrol menggunakan wang sendiri seperti mana yang dicadangkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.Exco Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata keputusan itu dibuat memandangkan cadangan itu bukannya datang dari pihak kerajaan negeri.Sebaik sahaja kerajaan persekutuan mengumumkan kenaikan harga RON95 sebanyak 20 seliter, Rafizi mencadangkan agar jemaah menteri membayar petrol menggunakan wang sendiri dan bukannya menerima peruntukan daripada dana awam.Jelasnya, keistimewaan yang diberi kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kini terpaksa ditanggung rakyat marhaen.Beberapa menteri ketika memberikan reaksi berkata, pimpinan Pakatan Rakyatlah yang harus memulakan langkah membayar sendiri duit minyak mereka."Apa yang Rafizi cuba katakan supaya Menteri yang buat keputusan berkenaan lakukan sebab mereka tak faham kesusahan rakyat. Mereka yang kena bayar supaya mereka faham. Kami tak buat keputusan itu, jadi mengapa kami kena buat (bayar) ?"Jika kami menterinya, kami takkan buat keputusan untuk menaikkan 20 sen itu. Tiada sebab untuk kami bayar," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat exco, hari ini.
Bangang nya Umno.... Najib yang naikkan hrga minyak, patutnya penyokong kena tanggung
BalasPadam