Sekarang ni semakin hangat pulak orang bercerita mengenai Pemilihan UMNO yang bakal diadakan tak lama lagi. Masih dalam mood berkempen nampak gayanya.
Dalam dok demam berkempen pada ketika ini, dah nampak dah bait - bait siapa yang menjadi pilihan dihati ahli perwakilan diperingkat Bahagian.
Maklum la. Pemilihan kali ni bukannya melibatkan perwakilan yang dipilih untuk ke PWTC sahaja. Tetapi ianya melibatkan perwakilan dari Cawangan.
SH yakin, mereka yang dipilih dalam mesyuarat Cawangan kali ini akan membawa aspirasi akar umbi yang mahukan perubahan dalam parti.
Terutama sekali dari sudut kepimpinan. Dalam menghadapi arus Politik semasa seperti hari ini, rakyat memerlukan pemimpin yang tegas dalam mengambil tindakan.
Rakyat tak perlukan pemimpin yang lembik dan tak tau apa yang perlu dilakukan. Ada yang bisik pada SH, "Kalau setakat pemimpin yang pandai bagi Amaran je, baik tak payah!"
Ada benar juga apa yang dibisikkan pada telinga SH tu. Untuk apa kita nak angkat pemimpin sedemikian jika kelak ianya hanya menyusahkan kita?
Tak kira la siapa pun dia atau dari mana asal dia, apa yang pasti pemimpin seperti itu perlu kita 'Rehat'kan seketika. Bagi la peluang pada orang lain pulak.
Bukan apa. Itu pun untuk kebaikan pemimpin - pemimpin tu jugak supaya dia dapat memuhasabahkan diri dia sendiri. Fikirkan apa yang dia dah buat.
Waktu rehat ni la pemimpin tu juga boleh menyemak siapa yang berada disekeliling dia. Mungkin mereka yang membuatkan dia berada dalam keadaan seperti hari ini.
Dari apa yang SH difahamkan, sudah ada dikalangan 'Pegawai' pemimpin tu yang dah naik kepala. Dah lebih sudu dari kuah dah gayanya.
Secara tak lansung, tindakan pegawai macam tu la yang membuatkan pemimpin tersebut semakin jauh terpinggir dari hati rakyat disebabkan kegagalan dia.
Tak dinafikan, ada juga dikalangan pegawai kepada pemimpin tu yang buat kerja untuk rakyat. Pegawai macam tu boleh la kita bagi dia peluang.
Tapi bagi pegawai yang setakat tau jaga pakaian je, nak bagi dia peluang macam mana? Berkhidmat pada rakyat pun tidak. Pun ada hati nak jadi pemimpin?
Kesimpulannya, bagi mereka yang nak bertanding dalam pemilihan yang akan datang, ukur la baju pada badan sendiri terlebih dahulu. Kalau rasa baju yang dia pakai tu orang lain punya, sendiri mau ingat la!!! Jangan nak berlagak tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.