Isnin, Oktober 07, 2013

Mak Jan ni famous je melalui Media Sosial. Tak de masalah pun...
“Artis di Malaysia ni ramai peminat santgat ke?” Seorang kawan bertanya perkara itu kepada saya.

Saya pun jawab, mereka memang ramai peminat tetapi peminat sekarang sudah tidak teruja lagi dengan artis. Kalau berselisih bahu pun, mereka akan buat tak tahu. Pendek kata, artis kita sudah ‘basi’ di mata mereka.

Kawan saya ni pun terkejut mendengar kata-kata saya itu dan bertanya kenapa ia terjadi sedemikian?

Teorinya mudah sahaja. Sebelum adanya media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter serta laman video Keek, masyarakat hanya bergantung kepada media cetak untuk mengetahui perkembangan artis.

Sebab itulah suatu ketika dahulu majalah hiburan tempatan tinggi jualannya. Majalah Mangga pada tahun 1998 pernah mencatat jualan 200,000 naskhah bagi satu keluaran.

Majalah URTV juga memperoleh jualan 150,000 naskhah dengan kutipan iklan yang tinggi. Tetapi sekarang, semua akhbar dan majalah menunjukkan penurunan mendadak.

Majalah hiburan popular pun paling tinggi terjual hanyalah 60,000 naskhah sahaja.

Puncanya keterujaan pembaca untuk mendapatkan majalah hiburan sudah tiada kerana kewujudan media sosial yang membolehkan peminat berinteraksi secara terus dengan artis yang mendorong kepada permasalahan itu.

Sebelum adanya media sosial, golongan artis menjadi begitu eksklusif. Peminat di luar sana bergantung harap kepada majalah dan akhbar untuk mengetahui perkembangan artis mereka.

Saya pernah menyaksikan bagaimana pintu pada sebuah pentas roboh dikerjakan peminat remaja yang ketika itu menggilai kumpulan New Boyz khususnya Tomok. Situasi itu menyebabkan pengawal keselamatan terpaksa ‘melarikan’ kumpulan itu untuk keselamatan mereka.

Saya juga menyaksikan sendiri bagaimana Tomok terpaksa mengambil seguni surat di pejabat pos Cheras yang dikirimkan peminat-peminatnya.

Kata Tomok, posmen sudah tak larat nak hantar surat ke rumahnya selain peti surat juga sudah dipecahkan.

Semuanya gara-gara keterujaan mereka kepada artis dan hanya cara itu sahajalah yang dapat mereka lakukan untuk berhubung.

Tetapi sekarang ini kegilaan itu sudah tidak wujud kerana adanya media sosial yang merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

Kesannya seperti yang saya katakan, artis kita akan menjadi ‘basi’. Apabila keterujaan sudah tiada, ia secara tidak langsung akan menyebabkan populariti seseorang artis itu akan menurun.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping