Isnin, Oktober 14, 2013


Undi Popular bakal tentukan siapa menang? Ai, kenapa sampai perlu jadi macam tu? Hari tu kata 'Undi Popular' ni tak boleh diguna pakai. Kenapa sekarang boleh pulak?

Itu la pemahaman terhadap pertandingan terbuka. Bukannya menggunakan konsep Pilihan Raya. Sebaliknya pemilihan UMNO ni pertandingan memilih individu. 

Maka sebab itu keputusan 'Undi Popular' diambil kira. Jadi, jangan la Bang Non dan konco - konco dia nak pening kepala tak tentu arah pulak!!!
Nampaknya ada pertarungan sengit diantara kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO apabila Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan masing-masing mendapat 73 undi.

Pemenang jawatan itu dijangka ditentukan oleh undi popular 189 bahagian selepas Raya Haji.

Daripada aspek penglibatan, Jamawi yang juga ketua Pemuda Umno Tenom berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – yang turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Dari sudut itu, Jamawi – graduan Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia – dilihat dalam situasi strategik untuk menarik sokongan Pemuda akar umbi di luar bandar dan Sabah, antara negeri dengan keanggotaan Umno teramai.

Khairul Azwan, 39, pula dikhabarkan mendapat “restu” daripada Khairy, sekalipun ahli Parlimen Rembau itu menafikan mempunyai calon kegemaran.

Khairul Azwan, lulusan Universiti Cardiff, Wales dilantik menerajui Akademi Pemuda Umno pada 2008 sehingga kini.

Tiga tahun kemudian beliau dilantik lagi mengetuai Pemuda Umno dan BN Perak. Beliau juga setiausaha sulit kepada Menteri Besar Datuk Seri Zamdry Abdul Kadir.

Perak juga antara negeri mempunyai keanggotaan teramai selain Sabah dan Johor.

Memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) dan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Perak, beliau terlibat langsung dengan kebajikan dan sukan peringkat akar umbi rakyat di negeri itu.

Ia sudah pasti memberi kelebihan kepadanya untuk meraih sokongan, sekali gus memberi tentangan sengit kepada Jamawi.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping