Isnin, Oktober 14, 2013


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membuat teguran terbuka terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kritikan secara dalaman sebelum ini tidak berhasil.

“Ini adalah julung-julung kali (Anwar) membuat teguran secara terbuka.  Mungkin ada baiknya kerana teguran yang dibuat secara dalaman sebelum ini tidak begitu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri, “ kata beliau kepada Antarapos.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata kerajaan negeri pimpinan Khalid dibelit dengan birokrasi berlebihan sehingga dilihat lesu  dalam membela kebajikan rakyat meskipun mempunyai kewangan utuh.

“Tidak ada maknanya kita mempunyai simpanan yang banyak RM2.6 bilion  namun masih ramai anak-anak miskin di desa yang tidak mendapat pekerjaan. Tidak ada makna pertumbuhan yang tinggi, apabila sampah tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan,” tegas beliau.

Pertumbuhan tinggi, tegas Azmin, tidak boleh dibanggakan jika  “jalan masih berlubang dan sistem penyampaian perkhidmatan itu masih lembab dan terlalu banyak birokrasi di dalam pentadbiran.”

Beliau berharap kerajaan negeri  “melihat teguran yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi itu secara serius dan  mengambil tindakan segera untuk memperbaiki keadaan.

Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor pada tahun 2009 namun tidak mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri pimpinan Khalid.

Kelmarin Anwar membuat kejutan apabila menegur Khalid secara terbuka, malah memperlekehkan rekod beliau berbanding Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam konteks membela rakyat.

Azmin berkata sungguhpun rakyat menghargai usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil negeri dan juga simpanan kerajaan negeri, namun prinsip pembangunan itu harus jelas.

Beliau berkata kadar pertumbuhan tinggi Selangor akan tinggal sebagai angka di tas kertas sahaja jika rakyat tidak mendapat manfaat pembangunan.  

“ Sebab itu hasil yang tinggi (dan)  simpanan yang begitu besar harus dibelanjakan secara berhemah untuk kepentingan rakyat di negeri Selangor,” tegas beliau. .

Azmin berkata beliau sendiri telah membangkitkan kepincangan kerajaan negeri dalam Dewan Undangan Negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke 13.

“ Teguran yang saya buat itu berasaskan kepada prinsip yang sama kerana kalau lihat balik kenyataan saya selepas PRU 13, saya sebut birokrasi yang terlalu menebal di dalam pentadbiran (Selangor),” kata beliau.

“ Ini salah satu punca kelembaban pentadbiran yang ada sekarang dan ianya perlu ditangani segera.,” tegas beliau.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Aikk....penasihat ekonomi bergaji seringgit dah tak dapat peruntukan elaun nak keluar berpelesiran diluar negara ke ataupun cakap dia dah tak laku lagi....sebab tu lah dia mengamuk sakan membedal khalid...sudah laa nuar brahi ooii..ko tu lulusan pe bukan pakar ekonimi pun ..sejarah dah membuktikan bahawa sewaktu ko jadi menteri kewangan dulu nyaris Malaysia ni tak tergadai oleh perbuatan ko ..nasib baik laa Tun M cepat sedar..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping