Komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) tidak melambangkan kematangannya sebagai seorang pemimpin.
Ujar Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Encik Abdul Rahman Mat Dali, Nurul Izzah tidak seharusnya mengeluarkan komentar secara spontan dan tergesa-gesa.
Sebagai pemimpin beliau perlu teliti dan mengkaji lebih mendalam isu COMANGO yang sangat memberi kesan kepada kemaslahatan ummah dan negara.
Semalam, Nurul Izzah menyatakan bahawa tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva adalah tidak membahayakan negara.
Tegas Encik Rahman, besar kemungkinan Izzah tidak meneliti kesan tuntutan COMANGO kepada negara dan umat Islam keseluruhannya.
“Dalam hal ini sekiranya dia meletakkan Islam yang tertinggi di samping mahu mengekalkan identiti negara, sudah pasti dia tidak berkata sedemikian.
“Tetapi sebaliknya kerana dia melihat Islam bukanlah kepentingan tertinggi, memang wajarlah kenyaataannya bahawa COMANGO tidak berbahaya.
“Sebagai pemimpin beliau perlu matang dalam memberi komentar dan jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan,” ujarnya.
Ps: Apa boleh buat. Orang macam Si Nurul Izzah ni memang jenis manusia yang tak matang. Dia dari dulu lagi berperangai macam budak kecik!!!
Maklum la. Sejak dari kecik dia memang suka buat kerja yang tak berfaedah. Bila dah besar ni, perangai dia tetap jugak macam budak kecik jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.