Selasa, Oktober 22, 2013


Satu perjumpaan khas di Kota Bharu dijangka diadakan oleh pimpinan kanan PAS hari ini bagi meminta penjelasan Datuk Husam Musa berhubung kritikan terbukanya terhadap kerajaan PAS Kelantan, baru-baru ini.

Perjumpaan khas itu membabitkan pemimpin Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, masing masing diketuai Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan, serangan secara terbuka Naib Presiden PAS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu terhadap kerajaan negeri adalah kecaman pertama oleh pemimpinnya sendiri selama parti terbabit memerintah Kelantan sejak 23 tahun lalu.

Husam membuat kritikan itu ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulungan pada Sidang Dewan Undangan  Negeri (DUN) pada 8 dan 9 Oktober lalu.

Naib Presiden PAS itu menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1 400 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira Kira Wang (PAC) negeri.

Walaupun tidak menolak teguran, pucuk pimpinan dipercayai berpendapat ada saluran lain yang lebih relevan boleh digunakan Husam untuk menegur pentadbiran kerajaan negeri.

Sumber berkata, tindakan bekas EXCO kanan kerajaan negeri itu membuat kritikan secara terbuka, kurang disenangi pucuk pimpinan, terutama dalam keadaan beliau sepatutnya memahami prosedur membuat teguran kerana pernah mejadi EXCO selama dua penggal.

"Nada suaranya (Husam) seolah olah beliau menjadi ketua pembangkang. Parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah secara berhemah,"katanya.

Difahamkan, mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Oktober lalu yang turut dihadiri Husam, ada membangkitkan isu kandungan perbahasan ADUN Salor itu yang menyentuh kredibiliti kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sumber berkata, ia tidak dibincangkan secara terperinci berikutan tiada wakil kerajaan PAS Kelantan termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Untuk berlaku adil kepada semua pihak, perjumpaan khas akan diadakan di Kota Bharu bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya."

Ps: Nampak sangat la yang PAS ni memang tak mengamalkan dasar Kebebasan Hak Bersuara dikalangan sesama mereka.

Baru ada pemimpin sendiri yang tegur kepimpinan Rejim PAS Kelantan, dah mula diorang nak buat soal siasat dan sebagainya. Itu kebebasan bersuara menda kejadahnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping