Selasa, Oktober 22, 2013


Nampak gayanya, ketandusan dari kalangan pemimpin PAS ni semakin membawa ke arah yang lebih kronik apabila persoalan diatas diajukan oleh orang PAS sendiri.

Nampak sangat la yang PAS ni memang tak de pemimpin yang berkredibiliti tinggi untuk diketengahkan melainkan orang yang sama jugak diorang guna pakai.

Contoh terbaru ialah apabila diorang memilih Ketua Pemuda PAS Jerai sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau semalam.

Hanya semata - mata kerana Si Ketua Pemuda tu seorang 'Pengikut Politik' Allahyarham Tan Sri Azizan, maka sebab itu dia dipilih menjadi calon.

Bila diselidik kredibiliti lain yang ada pada calon tu, ternyata dia tak de kelebihan yang nyata melainkan dia seorang guru tadika PASti. Itu sahaja kelebihan dia.

Maka, tak heran la kenapa ada dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu yang bertanyakan soalan sedemikian. Macam dah tak de orang lain nak ganti Si Mat Syabun tu.

Adakah benar tidak ada nama lain yang layak untuk diangkat dan dijulang oleh PAS bagi menduduki kerusi nombor dua tertinggi dalam parti mereka sendiri?

Jika sebelum ini, beberapa nama besar sudah disebut untuk merebut jawatan Timbalan Presiden menjelang muktamar PAS bulan depan.

Antara yang dicalonkan oleh perwakilan diperingkat kawasan ialah Husam, Pak Berahim dan Nik Amar (Timbalan Menteri Besar Kelantan).

Adakah mereka yang dicalonkan ini semuanya tidak layak untuk mengisi kedudukan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Si Mat Syabun Komunis tu?

Kalau diorang tak layak, buat apa nama mereka dicalonkan oleh perwakilan diperingkat kawasan? Kenapa nama mereka diangkat bagi menggantikan Si Mat Syabun tu sendiri?

Apa yang jelas, kedudukan Si Mat Syabun tu sekarang sudah semakin goyah dan dia sendiri mula panas punggung. Maka sebab tu la ada dikalangan ahli PAS yang bertanya soalan sedemikian.

Jika tidak, kenapa pulak soalan tu nak dibangkitkan? Apa yang pasti, ahli PAS sendiri yakin bahawa Si Mat Syabun tu tidak lagi layak untuk terus kekal sebagai Timbalan Presiden.

Mereka sendiri mahu orang lain menggantikan dia kerana kredibiliti Si Mat Syabun tu ternyata sudah hilang. Sengat dia dah habis. Cuma dia je yang tak sedar diri.

Mana tidaknya. Kalau ahli PAS masih yakin dengan kepimpinan Si Mat Syabun, sudah tentu diorang takkan calonkan orang lain untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut. Jadi, Si Mat Syabun tu kena sedar yang dia memang dah tak laku!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping