Wah!!! Ini apa penyakit pulak yang dah menyerang Si Mahfuz Bean ni? Tak pasal - pasal je dia nak memuja - muji Datuk Paduka Mukhriz tak tentu arah ni kenapa?
Kalau dia buat tu secara senyap - senyap, tahan jugak beb. Ini tidak. Si Mahfuz Bean tu siap mengaku depan ahli - ahli PAS masa mengumumkan calon malam tadi.
Mungkin niat Si Mahfuz Bean tu nak menyindir Datuk Paduka Mukhriz kerana tewas dalam Pemilihan UMNO yang diadakan baru - baru ini.
Sebab tu la diawal ucapan dia sewaktu majlis memperkenalkan calon PAS, dia melahirkan rasa simpati terhadap kekalahan Mukhriz.
Kiranya, Si Mahfuz Bean ni ambik berat jugak la dengan kedudukan Menteri Besar Kedah tu ye sampai tahap dia boleh menyatakan simpati secara umum.
Jika dilihat dari satu sudut, Si Mahfuz Bean ni yakin dengan kepimpinan Mukhriz dan dia nak sangat Mukhriz menang dalam pemilihan baru - baru ni.
Tapi, apa kan daya. Sokongan Si Mahfuz Bean tu sebenarnya tak membawa sebarang erti buat Menteri Besar Kedah tu. Sokongan dia bukan boleh buat Mukhriz menang pun.
Jadi, apa gunanya dia nak lahirkan rasa simpati terhadap Mukhriz jika dia hanya mampu untuk menjadi pencacai kepada DAPigs dan menyindir sesama Melayu?
Tambah memalukan ialah apabila Si Mahfuz Bean turut menyatakan secara terbuka bahawa kekalahan Datuk Paduka Mukhriz akan menyebabkan UMNO kalah dalam PRU ke 14.
Wah!!! Begitu besar harapan Si Mahfuz Bean tu terhadap anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia ni ye sampai boleh mengakibatkan UMNO tumbang.
Mungkin bagi Mahfuz, kekalahan Mukhriz mampu membuatkan UMNO goyang sehingga menyebabkan parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Kira hebat betul la Mukhriz ni. Dia seorang je boleh mengakibatkan UMNO kalah. Kot ye pun nak menipu, agak - agak la Mahfuz oi!!!
Takkan la hanya disebab Mukhriz kalah dalam pemilihan Naib Presiden baru - baru ni, habis semua UMNO seluruh Malaysia pun turut kalah sama. Nak mengampu pun agak - agak la!!!
Sedar - sedar la Mahfuz oi!!! UMNO ni bukan hanya bergantung kepada individu nak mendapat sokongan rakyat. Tapi UMNO bergantung kepada semangat berpasukan.
Dan Mukhriz adalah salah seorang diantara pasukan kuat dalam UMNO. Tu pasal la UMNO mampu merampas semula Kedah dari Rejim PAS dalam PRU yang lepas.
Mahfuz kena ingat. UMNO bukannya parti macam puak - puak Parti Angguk Saja tu yang hanya tau menipu untuk meraih sokongan demi kepentingan peribadi!!!
PAS kalah di Kedah adalah disebabkan wujudnya pemimpin - pemimpin yang tamak berebut kuasa sesama sendiri!!! Perkara itu yang perlu disedari oleh Mahfuz. Bukannya berangan benda yang bukan - bukan tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.