Selasa, Oktober 08, 2013


Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh MSO mengenai penyelewengan yang berlaku dalam Rejim PAS Kelantan hari ini. Persoalannya, adakah benar pendedahan tersebut? 

Atau adakah ianya hanya fabrikasi oleh pihak berkenaan untuk memburukkan Rejim PAS Kelantan baru yang menggantikan kepimpinan Si Nik Aziz tu? 

Jika pendedahan ini benar, maka persoalannya semakin berkembang. Siapa yang dapat tanah tersebut? Apa keuntungan yang diperolehi oleh rakyat? Adakah permohonan dilakukan secara telus? Itu semua korang fikir la sendiri!!!
MSO - Sungguhkah? Khabarnya hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 35,000 ekar telah diluluskan kepada seorang individu yang memiliki syarikat dua ringgit sahaja. 

Kalau maklumat ini sahih ia sungguh malang dan mendukacitakan sekali. Tindakan ini menjadi indiktor yang kerajaan Pas Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz Nik Mat mulai celaru.

Hutan simpan itu katanya sungguh strategi sekali. Ia merupakan sebuah kawasan cantik dan menjadi kawasan tadahan hujan bagi penduduk sekitar. Kedudukannya dari Machang memanjang ke sempadan Pasir Puteh sampai ke Selising dan Jeram Pasu.

Hutan simpan berkenaan katanya sudah lama dipertahankan tetapi nampaknya akhirnya terpaksa dikorbankan juga?

Kalau ia benar terpaksa diluluskan juga mungkin untuk membiayai kewangan negeri? Apakah kewangan negeri begitu nazab sekali waktu ini sehingga terpaksa menjual tanah berkenaan? 

Atau pun kelulusan itu katanya kepada seorang individu yang pernah mengundang salah seorang pemimpin Kelantan makan kenduri di rumahnya itu untuk membantu mewujudkan seorang lagi jutawan tanah di Kelantan?

Dengan bayaran perimium katanya RM2,000 perekar berapa sen sangatlah kerajaan Kelantan dapat menambah kewangan negeri. 

Sudah pasti tanah itu kemudian akan diapongkan kepada mana-manja syarikat di antara RM4,000 hingga RM6,000 seekar. Kalau untung RM3,000 perekar pun dah cukup, boleh sebuah Helikopter.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping