Ahad, Oktober 06, 2013


Sehari selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi amaran kepada portal Malaysiakini supaya tidak memutarbelit kenyataannya, portal itu pula memberi amaran balas kepada beliau untuk menghentikan apa yang disifatkan cubaan menakut-nakutkan wartawan portal pro-pembangkang itu.

Pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran berkata sebagai Menteri, Zahid bertanggungjawab menjawab soalan  wartawan dan tidak perlu memberi apa-apa amaran kepada Malaysiakini.

Rakaman video kelmarin menunjukkan Zahid beberapa kali menegur Malaysiakini kerana dikatakan sering memutarbelitkan kenyataan beliau dan berkata beliau tidak menyalahkan wartawan tetapi majikan portal itu.

Ditanya wartawan Malaysiakini apa kenyataan khusus Zahid yang diputarbelitkan, Naib Presiden Umno menjawab bahawa beliau sudah lama menjadi mangsa fitnah Malaysiakini.

Premesh berkata Zahid tidak harus memberi amaran kepada wartawan portal itu  tetapi sebaliknya membawa isu itu terus kepada Malaysiakini.

"Jika Menteri Dalam Negeri percaya bahawa Malaysiakini tersalah lapor kenyataan beliau, beliau sebenarnya boleh menghubungi kami untuk pembetulan," katanya.

Malah Pramesh itu menawarkan untuk berjumpa dengan Zahid untuk membincangkan laporan yang didedahkan mereka.

"Jika dia merasakan kita tidak adil kepada beliau, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana Menteri lain untuk membincangkan pelaporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau," katanya.

Semalam, wartawan Lawrence Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Ketika memberi penjelasan mengenai perkara itu, Zahid beberapa kali mengingatkan Lawrence untuk memastikan tidal lagi berlaku kejadian salah lapor oleh Malaysiakini.

Ps: Biasa la. Orang tak boleh terima hakikat. Banyak la alasan yang diorang bagi untuk melepaskan diri. 

Hakikatnya dah memang betul pun Merosakkini tu suka 'spin' kenyataan orang. Bila dah kantoi, mula la diorang tak nak mengaku!!!

Tahniah Datuk Seri Zahid. Rasanya pemimpin UMNO lain pun perlu contohi apa yang DS Zahid ni buat. Tau ada je wartawan Merosakkini tu, terus sergah je. Jangan bagi peluang!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. U ulang I saman u.

    BalasPadam
  2. Moto pembangkang & yg sekutu dgnnya spt malaysialkini...hanyalah untuk menghancurkankan negara...poooraahhh la si tamby ni....yg puak2 dap & pakatan bertimbun bgi amaran kt Kdn, Polis, SPRM, ROS dll...boleh pulak?? Dasar pencacai otak letak jt jepala lutut....inilah ropanya....

    BalasPadam
  3. Suruh malaysiakini ingatkan karpal singh jangan nak ugut2 ROS. Apa? Sekutu sekapal?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping