Ahad, Oktober 06, 2013


Dalam PRU 13 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan.

Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno.

Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa.

Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. 

Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi. Bukan depa suka sangat kat Umno..

Tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain. Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak.

Belum apa-apa lagi, dah keluar macam-macam cerita buruk. Mat Sabu syiah la. Khalid Samad liberal la. Dr. Zul bawa pluralisma la. Mujahid pun dah nak murtad pasai asyik masuk gereja.

Kesemua nama yang aku sebut diatas dah lama dalam PAS. Pasai apa sekarang baru keluar cerita-cerita buruk ni? Semua pasal nak jawatan..nak kemewahan...nak kuasa.

Ulama-ulama PAS dok pung-pang sana sini tentang perjuangan islam. Dok sembang pasal akidah. Dok sembang pasal balasan di akhirat.

Tapi bila depa minta supaya semua jawatan utama dalam PAS perlu diberi kepada ulama....bila jawatan dalam kerajan negeri dan GLC pun depa mintak...

Orang tau yang ulama-ulama ni hanyalah gila kuasa. Dan kerana gila kuasa, depa sanggup memburuk dan memfitnah kawan-kawan depa sendiri.

Diakhir muktamar nanti..kalau ahli PAS memilih mereka yang teraniaya...jangan pula ulama PAS menuduh ahli-ahli mereka tak wala'..sesat..liberal.

Bukan depa suka sangat kat Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid atau Dr. Zul...tapi pasai depa meluat dengan sikap hipokrit ulama yang sanggup "membunuh" kawan kerana kuasa.

Ps: Ini bukan SH yang tulis ye. Tapi ahli PAS sendiri yang buat. Jadi, lu orang sendiri mau ingat la!!! Jangan lu orang nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping