Khamis, Oktober 24, 2013


Kalau semalam SH siarkan satu status yang dibuat oleh sahabat SH melalui laman media sosial mengenai perkara dibawah. (Klik Sini) Hari ni kita baca cerita penuh pulak. Jangan SI Nurul Izzah tu meroyan tak tentu arah sudah la!!!
KUALA LUMPUR: Satu perbahasan panas meletus di Parlimen apabila Datuk Seri Noh Omar (BN- Tanjung Karang) mendakwa antara ancaman besar kepada negara ini adalah konflik agama dan penyebaran ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau juga meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyatakan pandangan beliau tentang liwat yang menyebabkan suasana bertukar hangat di antara ahli kedua-dua belah jurang politik.

Bekas menteri di Kementerian Pertanian dan Perindustrian Asas Tani ini berkata kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk membendung masalah sosial seperti itu termasuk tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menggalakkan hak asasi LGBT.

"Kita juga membahaskan mengenai hak asasi manusia . Kita perlu menyokong hak asasi manusia dalam beberapa perkara tetapi kita tidak boleh menyokong LBGT kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.

"Lembu pun tahu bagaimana untuk memilih pasangan yang betul," katanya ketika membahaskan pindaan kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas Akta) semasa bacaan kedua.

Noh juga bertanyakan kepada ahli Parlimen penggal pertama, Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) sama ada beliau menyokong perkahwinan sama jantina.

Beliau kemudiannya mengajukan soalan yang sama kepada Nurul Izzah Anwar (PKR- Lembah Pantai) dan meminta pandangan beliau mengenai liwat.

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mula mengemukakan pandangan lisan sebelum Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee meminta mereka bertenang.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang bangun untuk membantah kenyataan Noh dengan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS- Kota Baru) menggesa Noh menarik balik membuat kenyataan itu, menyifatkannya sebagai biadap.

Apabila diminta oleh Ronald untuk menjelaskan kenyataan beliau, Noh berkata, "Ya saya membuat kenyataan itu, tetapi saya hanya mahu tahu sama ada beliau menyokong liwat. Saya tidak menuduh beliau melakukan liwat, jika saya berkata begitu saya akan menarik balik," katanya.
Ps: Noh Omar tanya, Si Nurul Izzah tu sokong Liwat atau tidak. Pun susah sangat nak jawab ke? Nampak sangat la yang Si Nurul Izzah dan puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang dah SONGEH!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Serba salah beb...kalau cakap ye ..nampak sangat sokong sesaorang tu meliwat ..kalau tak sokong ...menentang pejuangan kumpulan mereka pulak..jadi terpaksa buat songeh je kah.

    BalasPadam
  2. Sayangggg izzah....
    Meh nangis kat bahu abang.

    BalasPadam
  3. Ya@tidak itu pun susah nk jwb.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping