Heran jugak tengok gelagat Si Mat Syabun tu dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau semalam. Dia berkempen untuk siapa sebenarnya?
Kalau tengok dari segi kehadiran sewaktu dia berceramah malam tadi, nampak sangat tak de orang pun yang dengar dia berceramah. Yang banyak kerusi dari orang.
Ke Si Mat Syabun tu berkempen dengan nyamuk je? Dia ingat nyamuk boleh bagi undi pada calon PAS gamaknya. Tu pasal la dia berkempen dengan diorang.
Tambahan pulak, orang sekarang ni dah tak berapa nak dengar sangat Si Mat Syabun tu berceramah. Kebanyakkan dari mereka semuanya dah muak dengar dia bercakap.
Semua orang dah tau. Apa yang diucapkan oleh Si Mat Syabun tu bukannya betul belaka. Hanya rekaan dia semata - mata tanpa merujuk sebarang fakta yang berkaitan.
Lepas tu, isi ceramah Si Mat Syabun ni tak de benda lain selain dari memaki hamun dan memburuk - burukkan orang lain. Tu pasal la orang tak nak dengar.
Orang sekarang ni nak tau apa yang mampu diberikan oleh parti yang bertanding. Apa manfaat yang dapat diorang rasai dimasa akan datang.
Diorang bukan datang nak dengar Si Mat Syabun tu mengutuk orang lain tak tentu arah. Setakat dengar dia bercakap, bukannya ada faedah pun!!!
Ada jugak yang kata, Si Mat Syabun tu sebenarnya ke Sungai Limau bukan untuk membantu jentera PAS. Sebaliknya dia hanya nak berkempen untuk diri dia sendiri.
Maklum la. Tak lama lagi pemilihan PAS akan diadakan bagi memilih jawatankuasa baru. Jadi, dalam kesempatan ini la yang digunakan oleh Si Mat Syabun tu untuk tunjuk muka.
Nak pulak apabila jawatan yang dia sandang pada ketika ini dicabar oleh mereka yang hebat - hebat belaka. Mau tak ketar lutut Si Mat Syabun tu dibuatnya.
Mungkin sebab tu la dia tak kisah sangat ada orang atau tidak datang ke ceramah dia di Sungai Limau. Orang yang datang ke ceramah tu bukannya boleh mengundi dia pun dalam muktamar yang akan datang!!! Lantak diorang la nak dengar atau pun tidak!!!
Mah, tolong abang Mah...
BalasPadamSyabu dan Syiah kedua-duanya dari Iran dan mengkhayalkan...
BalasPadamMah..bau masih melekat lagi...
BalasPadam