Isnin, Oktober 14, 2013


Kalau kita tengok dalam laman mikroblog twitter milik Si Khalid Samad hari ini, nampak sangat la yang dia sendiri tak mampu nak bagi penjelasan mengenai isu dibawah.

Apa yang mampu dia buat hanya mengulangi kenyataan yang telah disebut oleh Si Hadi Awang kepada pihak media sebelum ini. Itu pun penjelasan yang tak relevan.


Apa yang nyata, PAS sendiri tidak mampu untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Bukan Islam.

Itu yang jelas. Jadi, macam mana PAS boleh mendabik dada mengatakan yang diorang ni pejuang - pejuang Islam sedangkan perkara tu pun diorang tak mampu nak buat?

Kalau nak diri digelar pejuang Islam hanya semata - mata nak menegakkan Hukum Hudud yang berat sebelah, baik tak payah!!! Buat malu je jadi pejuang kalau macam tu. Apa yang lebih terang, PAS hanya menggunakan Islam untuk kepentingan Politik!!!
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.

Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakimanmenamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntutantara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KementerianDalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisiundang-undang, tidak sah dan batal.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. PERKARA BENAR TETAP AKAN BENAR MESKI PUN DIPERTAHANKAN UNTUK MENAFIKAN.....PAS, KHALID SERTA GEROMBOLAN MANUSIA KEJI YANG MAHUKAN KALIMAH SUCI INI DIKONGSI AKHIRNYA TERPAKSA MENELAN BALIK LUDAH DAN KAHAK HIJAU MEREKA SENDIRI....PAS TELAH ROSAK SEROSAK-ROSAKNYA EKORAN PERKARA KEJI ITU, IA TIDAK MAMPU LAGI DIPULIHKAN APATAH LAGI UNTUK DIGILAP DARI KARAT, ORANG MELAYU TELAH SEDAR DAN INSAF BAHAWA PAS TIDAK MAMPU UNTUK MENJADI HERO DALAM MEMBELA AGAMA ALLAH DAN SEBELUM INI PUN PAS DAH DAYUS DAN KEJI. DI MANA HERO PAS DI SAAT AGAMA ALLAH DIPERSENDA DAN DIPERMAINKAN, KITA TAK MENGHARAPKAN PAS JADI PEMBELA KERANA SEJAK DULU LAGI PAS TAK MAMPU DAN DEMI ALLAH TAK AKAN MAMPU UNTUK JADI BERANI DAN CERDIK DALAM MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH DAN BANGSA......APA YG KITA HARAPKAN PAS HANYA JADI SPESIS BISU DAN CUMA MELIHAT SAJA....BIAR ORANG LAIN YANG BUAT KERJA AGAMA...TAPI SAYANG PAS NAK JADI HERO TAK BERTEMPAT,......KONONYA MELAWAN ARUS ITU ADALAH RELEVEN DAN BOLEH DITERIMA KHALAYAK......TAPI SAYANG CARA PAS MELAWAN ARUS TAK LEBIH DARI SEKADAR BANJINGAN DAYUS YANG TERLAMPAU BODOH DAN BEBAL DI MATA UMMAH......PAS SEMAKIN KEJI DAN DILAKNAT ALLAH.....ITU ADALAH FAKTA DAN TAK MAPU DINAFIKAN OLEH SESIAPA SAJA ULAMA DAN CENDEKIAWAN ISLAM...MESKI PUN MANUSIA TERALIM DALAM PAS.......LEBIH BAIK PAS TIDUR DAN BERMUNAJAT DI BAWAH SELIMUT DARI BANGUN MENAMPILKAN KEBODOHAN DAN KEBEBALAN YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA...BUKAN ITU SAJA KEBEBALAN DAN KEDUNGGUAN PAS BOLEH MENJAHANAAMKAN AGAMA DAN UMMAH.......APA YANG MENDUKACITAKAN ADA SUPER HERO DALAM PAS YANG BOLEH BUAT KONER BARING SETELAH IA SEDAR KENYATAAN BEBALNYA DISANGGAH........DEMI ALLAH BANGSA DAN UMMAH TAK PERLUKAN MANUSIA SEPERTI INI DALAM MEMPERJUANGKAN UMMAH DAN AGAMA ALLAH....MANUSIA TAK BERPRINSIP DAN MEMPUNYAI DUA WAJAH NYA INI SELAYAKNYA MUNCUL DI TENGAH UMMAH DALAM SUSAH....LEBIH BAIK BERSELIMUT SAJA DARI MEMPAMER WAJAH DI JENDELA.......yang ikhlas MAMAT KOTA BHARU.

    BalasPadam
  2. akhirnya... clear juga.... jgnlah politikkan isu agama lagi...

    BalasPadam
  3. Memang patut pun PAS dikeldaikan olih PKR dan dikhadamkan olih DAP,

    BalasPadam
  4. Nak buat hudud konon, isu kalimah allah pun dah jadi pondan. Ada hati gelar parti islam. Piiiiraaah

    BalasPadam
  5. Tahniaj kepada pejuang kalimah ALLAH. Ini hadiah sempena hari wukuf & sambutan Eidul Adha 1434 H. Jgn diharap pd parti yg kononnya memperjuangkan ISLAM. Kalau kalimah ALLAH pun depa buat selba biawak. Inikan pula soal aqidah & murtad.

    Okeh itu, marilah saudara seagama ku, kita maju sederap dan melangkah utk mempertahankan kesucian ISLAM dari pihak munafik yg bertopengkan taqqiyah ala suiah sesat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping