Alahai!!! Kita ingatkan Si Setpol 'Blur' Khalid Gagap ni dah pupus dah dari arena Politik. Rupanya ada lagi dia ye. Kiranya, belum Menopause jugak la Si Faekah ni.
Selama hari ini, dia hanya menyepikan diri bila Si Khalid Gagap tu kena hentam dek puak - puak Azmin yang lantang mengkritik kepimpinan Rejim Pakatan Selangor.
Kita ingatkan selepas dia kena 'warning' dek Si Ketua Penipu tu sebelum ini, Si Faekah tu akan terus disejuk bekukan dalam pejabat MB Selangor.
Tak sangka pulak Si Faekah tu masih ada sengat. Tapi, apa boleh buat ye tak. Siapa yang sanggup bersabar bila 'Kekasih Hati' dia kena kutuk dan dibogelkan terang - terangan.
Kalau dia tak datang selamatkan 'Kemaluan' Si Khalid Gagap tu, ada 'chance' la dia kena buang!!! Apa gunanya jadi Setpol kalau maruah Bos sendiri pun dia tak mampu nak tolong selamatkan!!! Baik dia duduk rumah, siang ikan lagi bagus!!!
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan ‘kedekut’, tetapi sikap semula jadinya yang terlalu berhemat menunjukkan seolah-olah beliau tidak bersedia membelanjakan rizab negeri yang tinggi untuk pembangunan Selangor, kata Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.Faekah yang mempertahankan ketuanya, mendakwa Khalid sudah beberapa kali menggunakan dana negeri, contohnya, membelanja RM300 juta untuk “menunaikan janji yang tidak ditepati kerajaan persekutuan” kepada rakyat Selangor.“Adalah menjadi sikap semulajadi Khalid tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diuar-uarkan kepada umum.“Akibatnya, Khalid sering dilabelkan sebagai seorang menteri besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Faekah mengulas teguran yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyimpan dana negeri, berjumlah RM3 bilion, daripada membelanjakannya untuk pembangunan.Beliau memberikan tiga kes kerajaan Selangor menyimpan wang sejak 2008 kerana bimbang kerajaan pusat tidak memenuhi janjinya selepas gagal memenangi semula negeri ini dalam dua pilihan raya umum lalu.Ini membabitkan projek membina jambatan ketiga bagi mengurangkan kesesakan di Klang, penyusunan semua industri perkhidmatan air dengan mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan membina sebuah hospital baru di Klang bagi menampung kekurangan kemudahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.“Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja. Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun,” tambahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.