Heh! Macam tau - tau pulak Si Mahfuz Bean ni ek. Tau jugak dia takut pemimpin PAS bakal jadikan pentas Pilihan Raya Kecil DUN Sg. Limau tu bertukar wajah.
Mustahil la kalau di baca blog SH ni ye tak. Sebab sebelum ni, SH dah pernah keluarkan satu artikel berkaitan dengan perkara tersebut. (Klik Kat Sini)
Dalam satu sidang media sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu desak supaya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan PRK Sg. Limau sebelum tarikh 29 Oktober.
Kata dia, Pilihan Raya Kecil bagi DUN Sungai Limau tu perlu diadakan sebelum pembentangan bajet 2014 yang dijadualkan pada tarikh yang sama.
KONONnya, dia gunakan tarikh tu sebab dia nak elakkan dari ada pihak mengambil kesempatan untuk 'memancing undi'. Kiranya dia nak tuduh BN la tu.
"Sekiranya PRK Sungai Limau dilakukan selepas bajet, akan timbul persepsi kerajaan sengaja menggunakan pengumuman itu terutamanya melibatkan pemberian tunai untuk mempengaruhi pengundi."Malah, ia juga akan melihatkan seolah-olah SPR cuba bersekongkol dengan kerajaan," kata Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Niat sebenar Si Mahfuz Bean ni kita dah boleh baca. Pertama dia nak mengacau ganggu pemilihan UMNO yang dijadualkan pada 19 Oktober depan.
Tarikh tu memang semua orang dah tau. Satu Malaysia ni akan mengadakan Mesyuarat Agung UMNO memilih jawatankuasa baru bagi peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi.
Jadi, sebab itu dia bagi tarikh yang begitu suntuk kepada pihak SPR dengan menggunakan alasan pembentangan bajet 2014. Itu je niat dia.
Yang kedua, dia tak nak kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau tu jadi medan untuk pemimpin PAS berkempen bagi pemilihan PAS.
Kalau perkara itu berlaku, maka tumpuan jentera parti akan terjejas dan kemungkinan mereka GAGAL mempertahankan kerusi tersebut akan berlaku.
Bila keadaan tu terjadi, maka dia jugak yang akan dipersalahkan sebab dia sekarang ni dah jadi Pesuruhjaya PAS Negeri. Semua jari akan menunding ke arah dia.
Secara tak lansung, reputasi dia sebagai seorang Pesuruhjaya merangkap Naib Presiden PAS akan terjejas. Itu sebenarnya yang dia tak nak. Dan kemungkinan tu memang ada.
Andaikata reputasi dia tercemar akibat kekalahan PAS nanti, maka susah la dia nak kekalkan jawatan yang dia pegang sekarang. Mana dia nak letak muka beb!!!
Jadi, atas sebab - sebab itulah dia desak SPR supaya mengadakan Pilihan Raya dalam tempoh terdekat ni walaupun dia tau SPR ada tempoh 60 hari untuk mengadakan PRK.
Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean ni sebenarnya hanya mementingkan diri dia sendiri. Dia bukan peduli sangat dengan benda lain. Yang dia utamakan ialah kedudukan dia sendiri. Bab nak menegakkan Islam ke apa ke, itu semua tak penting!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.