Sabtu, Oktober 05, 2013


Berikutan kempen PAS yang semakin panas, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar pemimpin dan ahli-ahli PAS mengawal kenyataan dan ulasan mereka mengenai pemilihan PAS.

"Pada pandangan saya pemilihan parti, pimpinan utama parti tidak perlu beri ulasan lebih-lebih," katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan PAS dan ahlinya berhubung pemilihan parti menjelang Muktamar PAS ke-59, November ini. 

"Ulasan tersebut kelihatan lebih menonjol berbanding persiapan menghadapi Pilihanraya Kecil Sungai Limau pada 4 November ini. 

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi parti, tambahan pula ulasan tersebut datangnya daripada pimpinan tertinggi parti.  Ulasan pimpinan tentunya akan mengundang pelbagai reaksi segera pelbagai pihak," kata Tuan Ibrahim dalam tulisannya itu.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan yang berbalas-balas antara para pemimpin PAS sejak kebelakangan ini sehingga dilihat menimbulkan kesan negatif kepada PAS

"Saya melihat fenomena ini sebagai satu elemen negatif bagi parti kerana polimik dalaman harus ditangani dalam lingkungan adab dan akhlak jamaah yang tinggi.

"Lantaran itu disarankan agar pimpinan utama parti di semua peringkat tidak memberikan komentar samada menyokong atau sebaliknya terutama melibatkan jawatan utama parti," kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, perwakilan harus diberi sepenuhnya kepercayaan bagi membuat pilihan, "ini kerana kita yakin mereka lebih tahu ke mana hala tuju parti perlu dibawa," ujarnya.

Beliau menambah, kenyataan ini tidak bermaksud mahu menyekat jalan demokrasi dalam parti, "tetapi kita harus memimpin sistem demokrasi agar tidak merosakkan ukhuwah jamaah." 

Ps: Huh! Nampak sangat la yang Pak Berahim ni anggap penyokong serta pemimpin PAS peringkat atasa tu semuanya tak de disiplin!!! Tu pasal la dia panas punggung!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Lebih baik suruh dok diam kerana berdiam dapat menjauhkan diri dosa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping