Aik! Dah tak dapat undi dan kepercayaan dari kalangan orang Melayu/Islam, Pemuda PAS nak kena ubah pulak imej perjuangan diorang?
Samapi nak digugurkan pulak perjuangan Islam yang selama ni didokong oleh Parti Angguk Saja tu dah kronik beb. Nampak sangat la diorang dah terdesak.
Dulu, demi memenuhi kehendak DAPigs, puak - puak Parti Angguk Saja tu sanggup tinggalkan perjuangan menegakkan Negara Islam mereka.
Malah, tak cukup dengan itu. Perjuangan untuk melaksanakan Hukum Hudud pun sanggup diorang pinggirkan demi mendapat sokongan dari DAPigs.
Bukan setakat itu sahaja akurnya PAS ni dengan DAPigs. Diorang juga sanggup menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang yang Bukan Islam.
Itu sahaja sudah membuktikan bahawa PAS ni memang terdesak sangat nak mendapatkan sokongan orang luar. Diorang dah hilang kepercayaan terhadap perjuangan sendiri.
Sekarang, Pemuda PAS Johor pulak tampil dan menyatakan bahawa Pemuda PAS perlu mengubah imej Islam yang selama ini menjadi dasar utama perjuangan mereka.
Nah!!! Sampai tahap itu kemaruknya PAS ni nak dapat sokongan dari orang luar sehingga sanggup keluarkan kenyataan sedemikian.
Jika itu bukan indikasi yang mampu membuktikan bahawa PAS kini semakin hanyut, apa lagi yang hendak kita perkatakan? Apa lagi bukti yang kita mahu?
Jelas depan mata, perjuangan PAS telah dilacurkan oleh pemimpin mereka sendiri. Semua kerana nak sangat ber-'Tahaluf Siyasi' dengan DAPigs demi kepentingan Politik. Bukannya diorang nak sangat memperjuangkan Islam!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.