Rabu, Oktober 23, 2013

Azmin ibarat Kambing yang masuk kandang Harimau...
Dah la nak mengembek tak reti, mengaum apatah lagi...
Penyudahnya, dia sendiri yang jadi mangsa!!!

Gendang perang belum pun berbunyi namun Si Azmin 'Aiskrim' ni telah berjaya dengan cemerlangnya untuk membangkitkan kemarahan puak - puak Penyokong PAS.

Sebaik sahaja nama calon yang akan mewakili PAS diumumkan tempoh hari, sudah kedengaran suara - suara keluhan dikalangan ahli - ahli PAS di Sungai Limau.

Mereka bukan sahaja terkejut, malah berasa kecewa dengan ucapan yang diluahkan oleh Azmin dalam Majlis yang turut dihadiri oleh Presiden PAS itu.

Bagi mereka, ucapan Azmin memberikan gambaran bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu sudah ketandusan idea untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil kali ini.

Dalam ucapan aluannya, Azmin menegaskan bahawa dia telah mendapat arahan dari Ibupejabat PKR untuk turut serta dalam PRK Sungai Limau bagi 'Membunuh' Dr. Mahathir.

Makanya, tujuan PKR yang diketuai oleh Si Azmin dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ini hanya sekadar untuk menyerang kepimpinan Mukhriz semata - mata.

Macam dah tak de isu lain yang mampu diketengahkan oleh Pakatan Haramjadah tu gamaknya. Punya tandus idea sampai terpaksa sebarkan fitnah terhadap Tun sekeluarga.

Bagi penyokong - penyokong PAS yang turut hadir dalam Majlis tersebut kesal dengan perancangan kotor yang diatur oleh Timbalan Presiden PKR itu sebenarnya.

Dia membuatkan seolah - olah PAS sudah tidak ada isu yang boleh dibawa untuk memastikan rakyat terus terbela dikawasan Sungai Limau dan Kedah secara umumnya.

Umum tahu bahawa Politik yang dibawa oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak sewaktu hayatnya bukanlah Politik yang berpaksikan dendam terhadap orang lain. 

Maka sebab itu penyokong PAS yang ada dikawasan Sungai Limau berasa kesal dan sedih dengan apa yang diucapkan oleh Azmin sewaktu majlis memperkenalkan calon sebelum ini.

Jelas, agenda yang dibawa oleh Azmin dan PKR hanya bertujuan untuk membalas dendam peribadi dan bukannya berdasarkan kepada kepentingan rakyat.

Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah memang itu je yang mampu diperjuangkan oleh PKR. Diorang ni memang parti yang berpaksikan kepada dendam kesumat semata - mata. Bukannya diorang berjuang untuk rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kata UMNO nak Tranformasi Politik, meremajakan UMNO la. Tapi yang di pilih masih yang tua bangka, terpalit dengan scandal dan perasuah dari tingkat 4, zaman Pak Lah.

    Setelah putus-asa dengan PAU lepas, mari kita beramai-ramai BOIKOT PRK Sg.Limau.

    Kalah di Sg.Limau tidak akan mencemarkan nama DP Mukhriz. Ia hanya untuk menyampaikan message kepada BN, khususnya PM, untuk 'Berani Berubah' dalam erti kata sebenar.
    Biar PAS menang, sebagai tanda persahabatan sesama Melayu Islam. Hentikan cerca-mencerca sesama Islam dalam kempen dan ceramah.

    Dengan lebih ramai orang atas pagar dan penyokong UMNO yang dah meluat, elok saja PAS keluar dari PR, tolak semua Anwarinas dan Syiah, supaya kami, penyokong atas-pagar UMNO, ada pilihan lain. Kalau ditubuh lagi satu Party Melayu, ataupun PERKASA menjadi Party Politik, akan bertambah pecah la kesatuan kita.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping