Rabu, Oktober 23, 2013


Halamak ai!!! Hari ni baru hari penamaan calon. Tapi Si Mahfuz Bean tu awal - awal lagi dah kantoi menipu pengundi dikawasan DUN Sungai Limau.

Jika semalam, Si Mahfuz Bean tu dok sibuk canang cerita kononnya calon yang diturunkan oleh PAS tu merupakan penerus 'Legasi' Tok Jan di Sungai Lim. (Klik Sini)

Padahal, awal - awal lagi orang dah tau bahawa Si Ketua Pemuda PAS Jerai tu hanya sekadar seorang 'Pengikut Politik' Tok Jan je. Dia bukan 'Pengikut' Tok Jan pun.

Kalau sekadar jadi 'Pengikut Politik', semua orang di Sungai Limau tu pun layak untuk menjadi calon. Kenapa diorang pilih Ketua Pemuda PAS Jerai tu jugak?

Nah!!! Ini sebabnya. Ketua Pemuda Jerai tu sebenarnya bukan 'pengikut' tegar Allahyarham Tan Sri Azizan. Tetapi dia hanya sekadar proksi Si Mahfuz Bean tu sahaja.

Sebenarnya, ahli - ahli PAS di Sungai Limau semua nak anak kepada Tok Jan tu jadi calon supaya dia sendiri dapat meneruskan legasi Allahyarham.

Kalau PAS benar - benar nak legasi Tok Jan dikekalkan bagi kawasan DUN Sungai Limau, siapa lagi yang layak jika bukan anak kepada Allahyarham sendiri?

Tapi, disebabkan anak Tok Jan tu bukan 'Orang Mahfuz Bean', maka nama dia pun tak lekat jadi calon untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau kali ini.

Heh! Kan tak pasal - pasal je Si Mahfuz Bean tu dah kantoi letak nama proksi dia dikerusi tersebut. Patut la ramai ahli PAS di Sungai Limau semuanya mengeluh selepas pengumuman calon baru - baru ni. Rupanya, diorang pun dah tau cerita sebenar!!!
TheUnspinner - Jika tadi  kita dedahkan Azam Samad hanya "pewaris Azizan" palsu. Dia sebenarnya proksi Mahfuz Omar yang merupakan tangan yang mahu menjatuhkan arwah Azizan ketika memegang jawatan MB. 

Mahfuz berpura-pura berbaik dan mengenang arwah Azizan. Mahfuz hanya datang ziarah di tanah perkuburan.

Sebenarnya orang PAS tempatan berharap sangat anak arwah iaitu Muzaini Azizan dicalunkan sebagai menggantikan ayah mereka yang sudah memegang kerusi  tersebut selama 5 penggal.

Turut sama inginkan jawatan itu adalah salah seorang AJ PAS kawasan, Muaz Osman Mohd Nasir@Che Pi Bin Osman. Abang berpengaruh dalam kawasan tersebut dan inginkan adiknya menjadi calon. Muaz bekerja di tempat yang sama dgn Azam.

PAS sudah berpecah tiga. Satu adalah pihak yang mahukan Muzaini menjadi calun. Pihak kedua pula yang hany aikut pak turut pada kepimpinan pusat. Ketiga adalah pihak yang kecewa.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping