Jumaat, Oktober 25, 2013


Alamak ai!!! Ni apa pasal buruk sangat rupa Si Mahfuz Bean ni? Tak habis lagi dia mengamuk dalam sidang media malam semalam rupanya ye.

Kalau pagi tadi SH siarkan satu artikel mengenai rasa kurang senang Si Mahfuz Bean ni bila ada orang kata dia mengkhianati Allahyarham Tan Sri Azizan sewaktu hayatnya.

Biar pun dia tak khianat secara terang - terangan, namun Si Mahfuz Bean ni tetap membiarkan Allahyarham Tok Jan keseorang sewaktu dia diserang pemimpin PAS Kedah.

Waktu tu, Si Mahfuz Bean ni tak de buat apa pun. Dia hanya duduk dan tengok je Tok Jan kena balun depan belakang oleh pemimpin PAS Kedah yang lain.

Sekarang, Si Mahfuz Bean ni nak mengamuk pulak bila ada orang kata yang calon dia tak mampu nak tiru gaya kepimpinan yang dibawa oleh Tok Jan.

Sampai satu tahap, Si Mahfuz Bean tak nak dia dan jugak calon PAS yang diturunkan untuk bertanding dikaitkan dengan nama Tok Jan.
Di satu sisi Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau tidak mahu beliau dan calon Pas Mohd Azam Abd Samat dikaitkan sebagai anak murid Allahyarham Azizan dan cuba meniru gaya Azizan. 

Jawapan beliau sangat keras, "Nak ambil bayangan buat apa? Orang itu sudah mati. La ni dok hidup, ambil bayangan orang yang hidup ni.'' 
Hah, pulak dah!!! Hari tu, Si Mahfuz Bean dan jugak puak - puak Parti Angguk Saja tu jugak yang nak legasi Tok Jan diteruskan. Yang dia nak marah sangat ni pasal apa?

Kalau nak legasi Tok Jan diteruskan, maka pengganti dia kena la mengikut kepimpinan yang telah ditinggalkan oleh beliau. Mahu atau tidak, itu yang dia kena buat.

Jadi, tak sewajarnya Si Mahfuz Bean ni nak meroyan tak tentu arah dan marah bila ada orang nak kaitkan dia dengan Tok Jan sebab dia jugak yang nak ianya berlaku.

Hakikatnya, Si Mahfuz Bean ni sekadar nak tutup kemaluan calon dia sebab dah kantoi menipu rakyat di Sungai Limau sebelum ini dalam satu kenyataan media.

Calon PAS yang bertanding di Sungai Limau tu mengaku kononnya dia ada hubungan kekeluargaan dengan Tok Jan. Tapi ianya dinafikan oleh keluarga Tok Jan sendiri.

Tu yang kita heran tu. Hari tu sibuk nak mengaku kata dia ahli keluarga Tok Jan. Sekarang dah tak nak dikaitkan lansung dengan Tok Jan pulak? Apa cerita ni???

Nampak sangat la yang calon PAS ni benar - benar tak de kredibiliti sendiri apabila terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menaikkan nama dia bagi meraih sokongan dari penduduk di Sungai Limau. Sampai sanggup menipu pulak tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping