Sabtu, Oktober 26, 2013


Nah!!! Akhirnya Kebenaran semakin terserlah dan tidak dapat nak disembunyikan lagi. Apa lagi helah yang nak digunakan oleh PAS lepas ni?

Patut la sebelum ni Si Mahfuz Bean tu meroyan sangat bila ada orang kata yang calon PAS dalam PRK Sungai Limau ni tak mampu meneruskan legasi Tok Jan.

Malah, Si Mahfuz Bean tu sendiri menegaskan agar pengundi di Sungai Limau tidak mengambil 'bayangan' dan melihat calon dia tu seperti sedia ada.

Kalau dulu, sibuk dia pukul canang kata yang diorang nak teruskan legasi Tok Jan di Sungai Limau. Sekarang, Tok Jan hanya dianggap sebagai 'Bayangan' semata - mata.

Tambah menyedihkan ialah apabila musuh ketat yang paling nyata kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Razak itu mempunyai pertalian saudara dengan calon PAS tu sendiri.

Semua orang tau cerita pasal permusuhan diantara Allahyarham Tan Sri Azizan dan juga Si Phahrolrazi tu sebelum ini sehingga membuatkan PAS Kedah beramuk sesama sendiri.

Dulu, Si Phahrolrazi tu la orang yang paling kuat mengutuk dan mengkritik corak pentadbiran Allahyarham Tok Jan dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan.

Tak cukup dengan itu, kem Si Phahrolrazi tu jugak yang asyik memburuk - burukkan Tok Jan selepas PAS tewas kepada BN dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Macam - macam cerita yang kita dapat dengar. Ada yang kata, musibah yang menimpa Tok Jan sebaik sahaja PRU tamat adalah balasan kerana dia 'mengkhianati' perjuangan PAS.

Sampai tahap macam tu sekali puak - puak Si Phahrolrazi ni mengutuk dan menghina Allahyarham Tok Jan? Pun orang masih nak pilih dua pupu dia jadi wakil rakyat? Korang fikir la sendiri!!!
Phahrolrazi ketika dihubungi semalam mengesahkan beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Mohd. Azam iaitu hubungan dua pupu.

Menurutnya, datuk Mohd. Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk beliau, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Pas kelihatan sebelum ini cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengatakan calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat ialah anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Pas turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping