Sabtu, Oktober 26, 2013


Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mencabar PAS agar meneruskan hasrat mereka untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beli undi di majlis pemberian bantuan perumahan dan cermin mata percuma Yayasan Felda semalam.

"Teruskanlah kerana saya tak tahu bagaimana mereka mahu buktikan dakwaan itu," katanya pada sidang media petang tadi.

Beliau juga mendakwa pemberian bantuan seumpama itu turut dilakukan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka buat perkara sama di Pulau Pinang dan Selangor dan waktu pilihan raya kecil di Galas, Gua Musang," dakwanya tanpa mengulas lanjut tentang perkara itu.

BN semalam menerusi Yayasan Felda memberikan bantuan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.12 juta kepada penduduk Sungai Limau di kawasan Simpang Tiga dalam bentuk bantuan memperbaiki rumah dan pemberian cermin mata percuma.

Bantuan itu adalah dalam bentuk geran RM5,000 untuk setiap isi rumah kepada 200 keluarga serta pemberian 700 cermin mata percuma yang bernilai kira-kira RM180 setiap seorang kepada hadirin majlis itu.

PAS pada sidang media pagi tadi menerusi ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata pihaknya akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM.

Ps: Kalau rasa diorang betul, pergi la buat laporan kepada pihak SPRM. Jangan setakat main gempak je tak tentu arah.

Takut nanti jadi macam dakwaan yang diorang buat masa Pilihan Raya Umum yang lepas. Semua dakwaan tu tak de satu pun yang dilaporkan. Setakat dakwa main pakai air liur apa barang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping