Khamis, Oktober 10, 2013


DULU, masa dia jadi Ahli Exco Rejim PAS Kelantan, dia tak nampak macam mana dia mentadbir, macam mana dia buat kerja dan macam mana orang melihat dia buat kerja.

Tapi sekarang, bila dia dah tak de jawatan dalam Rejim, baru la Si Husam Kambing tu nampak Kebenaran. Seterusnya, dia pulak yang beria - ia nak hentam pihak Rejim.

Sekarang, dia pertikaikan mengenai pemberian kawasan Hutan Simpan seluas 3,500 ekar kepada sebuah syarikat persendirian yang bernilai RM 2 ringgit.

Tapi kenapa dulu, masa dia jadi Exco, dia tak jelaskan lansung mengenai projek Ladang Rakyat yang merampas kawasan Hutan Simpan di Gua Musang?

Kenapa masa dia pegang jawatan, dia lansung tak jelaskan kepada rakyat mengenai projek mengondolkan bukit dikawasan Lojing dan menceroboh kawasan milik Orang Asli?

Sekarang baru dia nak pertikaikan mengenai masalah tersebut. Sekarang baru dia tau yang Negeri Kelantan ada masalah air yang kronik.

Kenapa dulu, masa dia menjadi sebahagian dari Rejim pemerintah, dia lansung tak ambik tindakan terhadap tahap kualiti air di Negeri Kelantan?

Sedangkan pada ketika itu, rakyat Negeri Kelantan yang menetap di Kelantan merintih dan merayu kepada pihak Rejim untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kenapa pada ketika itu, Husam sebagai salah seorang Exco Kanan Rejim PAS Kelantan tidak lansung mengendahkan rayuan yang dibuat oleh rakyat dibawah?

Nampak sangat la yang selama ini Husam hanya membutakan mata dan memekakkan telinga selama dia memegang kuasa dalam Rejim PAS Negeri. 

Sekarang, selepas dia hilang jawatan, pangkat serta kuasa baru dia nak meroyan tak tentu arah dan menghentam pihak Rejim PAS Kelantan yang baru. 

Yang sebenarnya, tu pasal la dia tak dipilih menjadi sebahagian dari Exco Rejim PAS Kelantan. Sebab kalau dia pegang kuasa, dia buat tak tau je. Sekarang baru dia nak menyalak macam anjing gila yang mengigit tuan sendiri!!!
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang masuk hari ketiga hari ini panas seketika apabila bekas anggota Exco kanan Datuk Husam Musa bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan.  

Pada satu ketika Husam (PAS-Salor) yang mempertahankan beberapa kenyataannya semalam yang menyentuh mengenai kepincangan kerajaan negeri kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir. 

Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali. 

Husam yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang kelihatan kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Use ni tak cerdik mano...wlpn bekas exco kanan...otak dia elok sikit daripada kambing yang dia bela dulu...sbb tu dia meroyan bila terlepas kuasa...mcm kambing nk mengawan...masa pegang kuasa segala macam impian dia taburkan pada rakyat kelate...sekadar taburan janji...patut la pihak2 tertentu tk nk dia jadi exco lg...padan muko dio...muko penipu...dan padan muko rakyat kelate...keno tipu kering2....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping