Khamis, Oktober 10, 2013


Hah! Itu senarai 3 orang Naib Presiden UMNO yang ada dalam perkiraan SH sendiri. Tak de buat polling, tak de nak jolok mana - mana orang.

SH buat berdasarkan sentimen dari pihak akar umbi. Itu yang mereka nak dalam pemilihan kali ini. Biar apa pun yang diperkatakan oleh orang lain.

Setiap calon yang bertanding seramai 6 orang bagi merebut jawatan Naib Presiden ni ada kelebihan dan kredibiliti masing - masing. Tapi, siapa yang menjadi pilihan mereka?

Acap kali bila ditanya orang mengenai pemilihan UMNO, SH akan kata, ini pemilihan orang kampung. Bukannya dari kalangan mereka yang tahu mengenai Politik.

Tolong ye! SH bukan kata orang kampung tak tahu pasal Politik. Cuma pemilihan kali ini melibatkan orang diperingkat bawahan. Bukannya dikalangan AJK Bahagian sahaja.

Kali ini, perwakilan dari cawangan sendiri akan memilih kepimpinan atasan. Satu cawangan paling kurang 9 orang. Ada jugak cawangan yang lebih.

Maka, sentimen dikalangan orang cawangan ni lain dari mereka yang dipilih dalam G7 yang BIASAnya dipilih dikalangan AJK Bahagian semata - mata.

Mereka yang ada di cawangan ni tak banyak yang membaca laman portal internet. Bukan sebab diorang tak reti, tapi capaian tu kurang sampai kepada mereka.

Lagi pun, mereka ni tak ambik serius sangat dengan laporan didalam media baru. Bagi mereka, laman sosial ni hanya sampingan dan bukan sumber yang tepat.

Mereka masih lagi bergantung kepada media konvensional untuk mendapatkan bahan berita. Mereka tengok TV dan masih membaca surat khabar.

Itu yang menjadi medium utama mereka dalam mendapatkan maklumat. Jadi diorang tak terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan dalam laman media baru.

Kalau ada pun, diorang tetap tak tergugat. Diorang ada pilihan diorang sendiri dan pendirian itu tetap. Kalau diorang suka, diorang akan pilih. Kalau tak suka, nak buat macam mana?

Kita buat la macam mana sekali pun, pendirian diorang tetap takkan berubah. Diorang akan tetap dengan pilihan diorang sendiri. Itu yang pasti.

Jadi, pilih la pemimpin yang kita rasa mampu membantu Presiden memperjuangkan parti dan mengukuhkan kedudukan Melayu serta Islam!!!
Categories:

7 ulasan:

  1. kalau ikutkan hati aku, nama Hisham patut tak ada langsung dalam senarai, bagi saja nama dia sebagai exco bahagian lagi sesuai.

    BalasPadam
  2. Betul bro aku sokong... Tp kalu nk sokongan kembali pd BN (akan dtg) biarlah satu hari kita de PM mcm mukhriz... Dunia dan akhirat seimbang.. Inshaallah

    BalasPadam
  3. Yang No. 1 & 2 tu ok...yang nombor 3 tu boleh ' go fly kite'....Yang no 3 tu le ni tengah sibuk, jaga sampai 2 kementerian. Dalam siri 'Soal-Jawab' semalam kat TV 3, bila Dato Johan tanya macammana bagi2 kan masa, diapun cakap susah. Kalau dah tau sibuk, nak pikul lagi beban baru ni buat apa???

    Aku harap para perwakilan bagi lah peluang untuk No. 3 tu lebih concentrate kat 2 kementerian yang dia dok jaga tu dan kat Parlimen sebagai wakil rakyat. Post kat parti tu pilih lah orang lain yang lebih berkemampuan dan KURANG sibuk nya......

    BalasPadam
  4. Yang 2 orang tu ok yg satu tu lembik, buat malu Melayu saya. Melayu kalau menghunus keris 'Bujur Lalu Melintang Patah' bukan minta maaf pada cinabeng. - zainol56.

    BalasPadam
  5. hisam tu simpan je la buat sejarah,masa dia kat KDN bnyak memalukan melayu.semua ikut kate pmbngkang. utk SH terima lah kenyataan org kmpung bkn bodoh lagi . ni bkn pasal politik tapi pasal perasaan org melayu,malu aku jadi melayu bila pemimpin melayu cam hisammudin cina boleh ketawakan depan muka aku

    BalasPadam
  6. Safie afdal lg bagus drpd hisham aku rasa.walaupun aku org johor tapi aku ketepikan jati diri demi amanah yg perlu ditanggung.jika amanah diberikan kepada yg bukan ahlinya,maka tunggulah kiamat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping