Rabu, Oktober 16, 2013


Teguran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Besar Selangor gagal menguruskan simpanan rizab negeri itu disanggah seorang lagi exconya, Sallehen Mukhyi.

Sallehen selain itu menyifatkan teguran secara terbuka Anwar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai penilaian yang tidak tepat.

Beliau yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan dan Pembangunan Desa berkata Khalid telah menjalankan tugas dengan baik, tidak seperti yang didakwa Anwar.

"Kalau komen itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PKR, Tan Sri Khalid juga sebagai PKR, itu saya fikir komen dalaman rumahtangga merekalah.

"Tetapi Khalid tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan saya sebagai Exconya, saya melihat untuk membuat keputusan perbelanjaan, saya sebenarnya tidak bersetuju kalau disebut bahawa Tan Sri Khalid tidak membelanjakan hasil negeri," katanya kepada Antarapos ketika ditemui tadi.

Sallehen yang juga ADUN PAS DUN Sungai Besar berkata Khalid amat berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan daripada hasil negeri.

"Bukan Tan Sri Khalid tidak membelanjakan tetapi perbelanjaan itu dibuat dalam keadaan yang penuh berhati-hati dan penuh berhemah.

"Jadi sikap berhati-hati itulah boleh jadi dilihat sebagai satu yang nampaknya Tan Sri Khalid agak perlahan atau pun kurang membelanjakan kewangan negeri," katanya.

Anwar ketika menyampaikan ceramah Laporan Audit Negara menegur Khalid agar tidak lagi berbangga dengan simpanan rizab yang tinggi bernilai hampir RM3 bilion walhal masih banyak rakyat negeri itu tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan negeri.

Kenyataan Anwar disokong Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. Katanya Anwar terpaksa berbuat demikian setelah teguran dalaman demi teguran dalaman tidak diendahkan Khalid. 

Anwar sebelum ini beberapa kali menyindir Khalid, namun ADUN Perlabuhan Klang itu terus berdiam diri dan tidak mengendahkan sindiran itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping