Rabu, Oktober 16, 2013


Pulak dah!!! Dah semua orang pulak berpakat nak ikut Polis buat operasi ni menda kejadahnya pulak? Hari tu Si Nurul Izzah menyuarakan pandangan tak puas hati dia.

Kali ni Koordinator Kempen dan Undang - Undang Lawyer For Liberty pulak yang tak puas hati sebab Polis hanya ajak Pakwe Si Tipah Koyak tu je yang ikut.

Ironiknya, wakil dari LFL ni jelas cuba untuk mengkritik pihak PDRM, tetapi dalam masa yang sama dia juga turut mempertikaikan mentaliti Si Surendran tu secara tak sengaja.

Dalam kenyataan dia, jelas dia mengecam tindakan yang dibuat oleh PDRM menjemput orang awam seperti Surendran untuk turut serta dalam operasi.

Kata dia, operasi sedemikian boleh membahayakan nyawa orang awam yang turut serta. Ianya berlainan dengan pihak Polis yang dah ada latihan tersendiri.
"Anggota polis sudah bertahun-tahun berlatih, ini berbeza dengan Surendran, bagaimana beliau akan hadapi keadaan bahaya," kata Koordinator Kempen dan Undang-undang Lawyers For Liberty (LFL), Michelle Yesudas.
Pulak dah!!! Boleh pulak dia kata pihak Polis ni dah ada latihan tersendiri sedangkan isu itu yang dipertikaikan oleh Si Surendran selama hari ini.

Pakwe Si Tipah Koyak tu sebelum ini mengecam tindakan pihak Polis dengan mendakwa kononnya mereka tidak menjalankan tugas secara profesional.

Bagi dia, pihak Polis ni buat kerja ikut suka hati je. Bukannya mengikut standard operasi yang biasa. Itu dakwaan yang cuba dijaja kepada rakyat.

Kalau Kpihak Polis ni dah ada latihan yang sewajarnya untuk menangani sesuatu situasi sewaktu menjalankan operasi, SOP apa lagi yang diorang tak ikut?

Sekarang, siapa yang bertindak mengikut suka hati dia sendiri? Dah Si Surendran tu yang suka sangat mempertikaikan tindakan pihak Polis. 

Apa yang pasti, Si Surendran tu hanya nak menghasut rakyat agar mencurigai tindakan yang diambil oleh pihak Polis untuk memburukkan Kerajaan. Itu je tujuan dia. Jadi, dia sendiri yang cari penyakit. Sekarang, dia tanggung la sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bagus juga ajak dia sekali g operasi. Biar dia jalan di hadapan dulu. Yang lain ikut belakang je. Nak tengok, berani ke tak dia g tanpa senjata.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping