Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau mempunyai “chemistry” dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Menurutnya, Hishamuddin adalah naibnya sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda pada tahun 1996.
“Tambahan pula kami bekerja di kementerian yang sama. Dahulu saya di Mindef, beliau di KDN. Kini saya di KDN, beliau di MIndef, jadi kami lebih mudah berkolaborasi,” katanya kepada FMT dalam wawancara khas Khamis lalu.
Dr Ahmad Zahid bersama Hishamuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal selaku penyandang Naib Presiden Umno dikatakan bersatu dalam “Pakatan Trio” menghadapi tiga calon lain iaitu Tan Sri Isa Samad, Senator Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini.
Selepas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Jemaah Menteri pada tahun 1998, Hishammuddin mengusulkan undi tidak percaya ke atas Zahid dan berjaya melucutkan beliau daripada jawatan Ketua Pemuda Umno.
Pada masa itu, Zahid merupakan seorang tokoh yang seangkatan dengan Anwar dan juga pernah menjadi ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang pernah diterajui oleh ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.
Menyentuh calon muda seperti Mukhriz dalam pertandingan tersebut, beliau berkata muda bukan dari segi umur tetapi dari segi tugas dan tanggungjawab.
Ditanya jika kemenangan Mukhriz nanti akan menggugat kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata itu analisis majalah Economist yang tidak berdasarkan fakta.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa PCA yang diluluskan Dewan Rakyat Rabu lalu terlalu terburu-buru.
“Ia tidak ada kena mengena dengan pemilihan Umno. Kalau kita buat cepat, mereka kata terburu-buru, bila lambat, mereka kata kita tak cekap. Kita mahu nyawa rakyat tidak terancam lagi. Sebab itulah PCA dibawa segera ke parlimen,” tegasnya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.