Isnin, November 25, 2013


Bila PAS jadi Cabang PKR dalam Pakatan, beginilah jadinya. Tu pasal la ada orang curiga bila keputusan semalam diumumkan. Ada cerita lain yang tak disampaikan.

Siapa sangka. Tangisan Si Husam semalam rupanya ditujukan kepada Si Mahfuz Bean tu rupanya. Tapi kenapa pulak dia nak menangisi kekalahan Si Mahfuz Bean tu?

Heh! Ada kisah disebalik tangisan rupanya. Mungkin ada udang disebalik batu. Ada komplot yang tak didedahkan kepada orang ramai dan sengaja disembunyikan.

Atau mungkin ada kaitan dengan 'Kenduri' yang tak jadi nak dibuat oleh Si Ketua Penipu tu jugak kot. Hah! Kenduri apa? Kenduri untuk meraikan 'Kemenangan' wakil dia dalam PAS la, kenduri apa lagi. Meh baca cerita kat bawah ni. Lepas tu korang fikir la sendiri!!!
Segalanya berlaku seperti yang dirancang. Kalaupun ada kegagalan, kekalahan Mahfuz Omar. Kalau tidak, ini adalah satu kemenangan besar kelompok Ersogan di dalam Pas.

Ok, ramai yang tak suka cakap pasal Erdogan. Tapi kalau kita lihat video bagaimana Husam dan Salahuddin Ayyub, menangis teresak-esak kerana kekalahan Mahfuz, kita tahu bahawa ini bukan sekadar jawatan VP. Ini lebih daripada itu.

Kenduri besar yang dijadualkan berlaku di Segambut pun tertangguh. Anwar perlu lihat semula kedudukan politiknya di dalam Pas. 

Tentangan kelompok ulama’ bukannnya kecil. 46 % perwakilan menyatakan pendirian mereka tidak suka dengan cara Anwar menjadi broker politik dalam Pas. Angka ini sangat tinggi.

Semuanya disusun secara rapi di Tropicana. Kali ini, muktamar adalah soal survival politik. Kalau ramai yang tewas, bermakna pengaruh Anwar-Erdogan akan dengan sendirinya hilang.

Ahli Jawatankuasa: 1) Ustaz Idris Ahmad (927) 2) Mazlan Aliman (840) 3) Hanipa Maidin (735) 4) Ir. Nizar Jamuluddin (688) 5) Ir. Amiruddin Hamzah (679) 6) Dr. Hatta Ramli (649) 7) Ustaz Nasruddin Hassan (645) 8) Ir. Khalid Samad (643) 9) Ustaz Nik Abduh (627) 10) Dr. Mujahid Yusuf Rawa (626) 11) Dr. Dzulkefly Ahmad (610) 12) Kamaruddin Jaafar (562) 13) Ustaz Nik Zawawi Salleh (518) 14) Dr. Syed Azman (476) 15) Dr. Riduan Mohd Noor (469) 16) Dr. Mahfodz Mohamad (449) 17) Dr. Siti Mariah (437) 18) Ustazah Nuridah Salleh (424)

Majoriti di dalam kepimpinan tertinggi PAS pun mereka yang diendorse secara politik di PKR HQ. Malahan, sebahagiannya masih dapat gaji bulanan daripada PKR HQ. 

Bayangkan. Kita ucap tahniah kepada Pas kerana mengambil keputusan untuk menjadi cabang PKR di dalam Pakatan Rakyat. - Gelagat Anwar
Kisah lebih menarik, klik disini.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping