Khamis, November 28, 2013


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji sehingga hampir 400 peratus untuk pemimpin Selangor akan tetap dilaksanakan mulai tahun depan dan meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk terus menerima gaji asal  jika tidak bersetuju dengannya.

Khalid menolak desakan Azmin yang juga Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Selangor supaya pertambahan gaji mendadak itu ditangguh sehingga Menteri Besar itu mengadakan dialog dengan BBC.

"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.

"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima,” kata Khalid.

"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin berkata BBC menerima bahawa gaji pemimpin negeri dan ADUN patut dinaikkan namun menyifatkan kadar kenaikan itu terlalu tinggi. Kadar kenaikan itu diputuskan oleh Khalid tanpa sebarang dialog dengan BBC.

Semalam DUN Selangor meluluskan usul menaikkan gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker Dun dinaikkan daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 manakala  Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250. Kenaikan itu membabitkan peruntukan tambahan RM5 juta setahun.

Hari ini Khalid sekali lagi menyifatkan kenaikkan gaji itu sebagai munasabah dan merujuk kepada kenaikan gaji yang dinikmati oleh pemimpin negeri Sarawak.

Bagaimanapun Azmin dan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim menolak hujah Khalid itu dan berkata  kenaikan itu terlalu tinggi dan mengejutkan banyak pihak.

Ps: Macam mana Bang Min? Dah kena tenyeh macam ni, takkan nak gigit jari je!!! Nampak sangat Si Khalid Gagap ni tak respect dia sebagai Timbalan Presiden PKR. Kalau Bang Min diam, hilang la Kemaluan!!! Hahaha!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping